Bukan daging atau darah yang kamu persembahkan itu yang akan sampai kepada Allah tetapi keikhlasan dan kualiti taqwa itu yang akan dinilai oleh Allah. Firman Allah:
لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى
“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.” (Surah al-Hajj: 37)
Selamat menyambut hari raya Aidiladha buat semua umat Islam.
Berkorbanlah mengikut kemampuan dan seikhlasnya
