Saya tak ada rupa untuk ditayangkan.
Tak berpenampilan warak untuk meyakinkan orang tentang pendirian agama. Saya cuma mampu jadi diri sendiri mengikut syariah.
Tak ada kereta mewah atau rumah besar untuk beri inspirasi kepada anda.
Satu hari insya Allah. Sebab sekarang bukan itu yang jadi keutamaan.
Apa yang saya ada cuma sekeping hati yang sedaya upaya cuba ikhlas dan jujur dalam membangunkan seberapa ramai manusia yang berjaya bukan sahaja mengejar dunia tapi akhirat. Insya Allah
Jika mencari kemewahan dunia, bukan Asmak tempatnya. Kalau nak senang, cukup dan berkat insya Allah anda di jalan yang betul.
Cara saya ini mengelakkan manusia materialistik bertandang mendekati. Kalau tersesat mereka akan pergi juga akhirnya mencari orang yang boleh memenuhi kehendak materialistik mereka.
Sebab itu kalau perasan followers saya tak ramai, like dan komen sikit. Tapi mereka yang menyokong dan setia berbisnes sangat ramai. Mereka tak ada masa nak ber fb sangat dan bukan jenis rajin like dan komen, tapi terus fokus berbisnes dan utamakan hal lain yang lebih penting. 😁
Apa yang penting kami saling bantu membantu dan bekerjasama di luar dunia Fb. 💪