Skip to main content
kesihatan

Kenapa Anda Perlu Buat Laporan Sekiranya Anda Dapat Kesan Selepas Vaksin?

Sekiranya anda mendapat kesan selepas vaksin, tak kiralah kesan biasa, ringan, sederhana mahupun berat, sila buat laporan.
Kenapa anda perlu buat laporan?
Supaya pihak yang berkenaan tahu apakah kesan pada penerima dan untuk mereka masukkan dalam rekod AEFI walaupun kita tak pernah dapat tengok macam negara luar. Tak apa, buat je.
Tindakan?
Biasanya mereka akan menghubungi anda jika memerlukan untuk rawatan selanjutnya.
Dan sepatutnya mereka siasat jika benar ianya AEFI. Di Malaysia ni susah sangatlah para doktor ni nak isytiharkan perkara ni sebagai AEFI.
Jadi buat apa kena buat laporan ?
1. Supaya mereka boleh rekodkan juga
2. Jalankan tanggungjawab pada diri sendiri.
3. Orang lain tak boleh pertikai jika anda bersuara tapi laporan pun tak buat.
Ok,nak report kat mana ni ?
1. Mysejahtera
2. NPRA
3. Vaksincovid.gov.my
4. Sispaa
Kita tengok langkah demi langkah
1.Mysejahtera
1. Buka Mysejahtera anda
2. Pergi ke menu Vaksinasi Covid-19
3. Klik Vaksin untuk “nama anda”
4. Di paparan ada Dos 1 selesai atau Dos 2 selesai ,klik mana yang berkenaan.
5. Akan keluar – Tekan di sini untuk melapor gejala selepas vaksinasi – Sila klik
6. Isikan semua maklumat yang diminta dan tekan hantar
Selesai
2. NPRA
Di sini agak komplikated sikit sebab borangnya seperti untuk kita buat aduan berkenaan ubat yang berdaftar. Tak dinafikan borangnya tak mesra pengguna untuk kes AEFI.
Sekiranya dapat buat aduan secara online lagi bagus,jika tak boleh baru hantar cara lain.
Saranannya,anda cetak borang,isi dan hantarkan ke NPRA melalui email,pos atau faks ke :
Pusat Pasca Pendaftaran Produk & Kawalan Kosmetik
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA),Kementerian Kesihatan Malaysia ,Lot 36, Jalan Universiti ,46200 Petaling Jaya, Selangor
Tel No : 03-78018464
Fax No : 03 -79567151
Email : fv@npra.gov.my
Selesai
1. Buka web,di bawah sekali ada ikon untuk pertanyaan.
2. Tekan terus di sini –
Selesai
4. Sispaa
1. Ini dikongsikan oleh seseorang yang katanya,kita perlu buat juga laporan di sini terhadap pihak berkenaan yang menafikan AEFI.
2. Anda boleh ceritakan dan maklumkan anda mahu siasatan yang telus dijalankan. Sekiranya berlaku keraguan dan pihak berkenaan berlepas tangan ,boleh membuat laporan polis dan mengambil tindakan di mahkamah.
3. Adukan di sini :
Lagi boleh mengadu di mana?
5. PPIM
Kompilasi kes² AEFI (Adverse Events Following Immunisation) vaksin Covid:
Jika anda/waris adalah mangsa kecederaan vaksin, sila laporkan kes tersebut:
Selesai
Jika ada kematian selepas vaksin, waris sila buat laporan juga ikut step di atas.
Sekiranya ada info yang kurang tepat atau salah boleh tegur ye.
Semoga lebih ramai membuat laporan dan tidak berdiam diri walaupun mungkin kita tak dapat apa pun. Tapi sekurang – kurangnya anda sudah menjalankan tanggungjawab supaya ianya direkod.
Silakan share. Siapa nak cnp pun dipersilakan, ambil je tak perlu minta izin.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply