Skip to main content


Ada yang pelik kenapa saya macam support je FB page PW ni.

Apa, korang ingat hakak tak pernah kena balun dengan diorang?

Dulu-dulu la. Masa tu belum jual Minyak Herba Asmak.

Habis diviralnya FB hakak…, pastu berduyun orang kutuk. Masa tu marah juga, geram dan rasa ..grrrr.

Tapi..tapi..tapi..

Hakak jenis realistik. Hakak kaji balik apa yang mereka kutuk tu.

Kesnya hakak tersalah tulis produk kecantikan yang hakak jual dulu tu dengan tulis

“tanpa bahan kimia”.

Then hakak belajarlah sesuatu kat situ.

Jadi hakak pun sejak tu hanya akan tulis

“tanpa bahan kimia berbahaya”.

Nampak tak beza dekat situ?

Sebab itu hakak suka jadi realistik. Kita akan belajar sesuatu dari orang yang kritik kita. Jadi dekat-dekatkanlah diri dengan mereka. Jangan duk syok dengan kaki ampu yang duk memuji je. Hanyut nanti.
Page PW tu selalu hilang sebab asyik kena report je. Tapi ia tetap akan muncul sebab para adminnnya yang kental berjuang.
Tak dinafikan ada yang tak betul, tapi sikit sangat. Yang betul lagi banyak.
Jenguklah page tu jika anda ada menjual produk mahupun ada menggunakan produk TERUTAMANYA yang jenis MLM.
Banyak yang dibongkarkan. Saya suka baca bukan sahaja post tetapi komen supaya saya boleh berhati-hati tak tersalah langkah sebab saya pun penjual produk juga. Saya juga boleh belajar banyak benda dari komen pengguna.

Kepada semua pengedar MHAMSB, jangan ‘overclaim’ produk kita ya?

Nanti syarikat akan sediakan garis panduan berkenaan hal ini.

Stay Tune!
FB Page Yang Dah Sedarkan Hakak. Terima Kasih ya!
PseudoscienceWatch

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply