“Kerajaan kena bantu saya”
“Apa ni,tak ada ke dana ke peruntukan untuk saya”
“Saya nak bantu bagi peluang kerja tau dekat orang,tolonglah saya kembangkan bisnes”
Kecik besar kecik besar je kalau jumpa spesies macam ni.
Jenis nak kena suap.
Ajak masuk kelas banyak alasan. Lagi suka dapat bantuan. Dia fikir bila dapat bantuan, macam magik agaknya bisnes terus jadi.
Depan mata sendiri berapa banyak bisnes tak boleh pergi jauh sebab hanya mengharapkan segala geran dan dana bagai ni.
Bila dapat bantuan tak tahu nak buat apa.
Hanya menyalahkan kerajaan sahaja. Tak bantu mereka.
Mudah sahaja sebenarnya. Kalau betul nak berniaga,mulakan dengan apa yang ada. Mulakan dari bawah.
Sampai satu masa bila betul-betul nak berkembang contohnya perlu buka kilang ke,perlu bantuan untuk besarkan lagi operasi,barulah fikirkan bantuan bagai tu.
Kadang bila senang sangat dapat bantuan semua ni,senang juga habiskan macam tu je.
Jangan mudah letakkan kesalahan di atas pihak lain bila sendiri tak nak berusaha.
Benda pertama yang perlu cari sebenarnya ilmu.
Kadang saya jumpa golongan macam ni,tak sempat nak cakap banyak pun,dia je cakap,kita tukang dengar. Sembang sedap itu wajib. Sembang kasi bimbang. Tapi hakikatnya tin kosong.
Jadilah usahawan yang berdiri di atas kaki sendiri selagi boleh berusaha.
Perkara pertama perlu bertindak adalah mencari ilmu.
Norfazilah.com