Kes Mahkamah dan Isu Vaksin: Antivaksin Difitnah atau Provaksin yang Kalah?
Provaksin yang pernah cakap mahu saman antivaksin kononnya menghasut dan memfitnah, sebenarnya tidak dapat membuktikan tuduhan mereka. Sebabnya mudah — antivaksin hanya berkongsi perkara yang benar. Hakikatnya, yang kerap kalah di mahkamah adalah pihak provaksin sendiri. Tidak percaya dengan keputusan hakim? Ini bukan berlaku sekali, malah sudah lebih lima kali.
Provaksin ini kalau di media sosial, mulut mereka bukan main lantang. Konon mahu saman antivaksin, konon kita penyebar fitnah, konon kita penghasut. Tetapi pelik, sudah bertahun-tahun ugut mahu saman, langsung tidak pernah kita tersangkut.
Sebab apa?
Sebab antivaksin berkongsi fakta, bukti, dan pengalaman sebenar. Itu bukan fitnah.
Kalau benar ia fitnah, sudah lama tersungkur di mahkamah.
Yang lebih melucukan, bila masuk ke mahkamah, yang kalah berderet-deret adalah geng provaksin sendiri.
-
Bukan sekali.
-
Bukan dua kali.
-
Malah sudah lebih lima kali kantoi di hadapan hakim.
Antara kes yang menjadi perhatian:
-
Kes Doula Mas lawan Lily MK – kalah.
-
Kes dengan tiga orang doktor lain – kalah.
-
Kes MZO & Dr Roland – KKM kalah.
-
Beberapa kes lain juga sama, semuanya geng provaksin yang terkena.
Soalnya, jika benar antivaksin ini penyebar fitnah, adakah hakim yang memutuskan kes tersebut turut menyokong fitnah?
Tidak mungkin mahkamah dianggap “antivaksin”.
Realitinya mudah:
-
Fakta bila dibawa ke mahkamah akan tetap berdiri teguh.
-
Fitnah bila diuji di hadapan hakim akan pecah berderai.
Yang menyedihkan, geng provaksin ini masih tidak belajar. Di luar sibuk acah hero, tetapi apabila masuk mahkamah, akhirnya jadi bahan ketawa.
Pengajaran penting:
-
Kebenaran tidak memerlukan geng untuk menyokong.
-
Fitnah walau berjemaah sekalipun, akhirnya akan mati ditelan fakta.





