Baru lepas bertekak dengan premis kerajaan yang sibuk nak dua dose. Panas je rasa. Mujur kemenangan berpihak,kalau tak lagi panas. Tak sia-sia belajar ambil tahu hak di sisi undang-undang dan perlembagaan. Kalau tak kena buli je la hidup.
Ceritanya macam ni,pagi tadi dapat panggilan dari si A beritahu tak boleh masuk premis kerajaan sebab nak dua dose katanya.
Memang anginlah kan sebab selama ni dengar cerita orang jauh je,bila kena pada orang yang kita kenal terkejut juga,tak sangka masih ada lagi diskriminasi di premis kerajaan.
Tapi tak bolehlah nak ikut angin tu,jadi kita pun mulakanlah siasatan.
Hubungi premis kerajaan B,dia dengan yakinnya cakap tak boleh sebab ikut kerajaan negeri. Bila tanya dia kena tanya siapa dia suruh tanya Majlis Daerah C.
“Betul ke tadi ada si A ni datang sebab ada urusan tuan suruh balik sebab tak ada dua dose?”
“ Ya,sebab kena ada dua dose kalau nak teruskan urusan”
“Boleh saya dapatkan hitam putih surat rasmi mengatakan wajib kena ada dua dose baru boleh berurusan?”
“ Kami ikut arahan kerajaan negeri je,puan tanyalah majlis daerah C”
“Ok tak apa,saya tanya mereka”
Ok,call pula Majlis Daerah C.
“ Saya nak tanya,betul ke untuk berurusan di premis kerajaan B ni kena ada dua dose”
“ Err,kejap saya tak pasti,call no ini ye, XXXXXXXXX”
“ Ok”
Saya pun call nombor yang dia bagi,unit lain.
“ Betul ke nak berurusan di premis kerajaan B ni kena ada dua dose?”
“ Errr..kejap ye.. “ -kedengaran suara sedang merujuk seseorang.
“ Aah puan,kena ada dua dose”
“ Boleh saya tahu arahan dari siapa dan ada surat hitam putih ke? “
“ Sekarang memang kena ada dua dose puan baru boleh berurusan”
“ Encik tahu tak cucuk ni sukarela,pilihan,tak wajib? Kalau ikut perlembagaan negara ni encik ni boleh didakwa tau sebab memaksa orang untuk cucuk baru boleh berurusan?”
“ Err,sekejap ye saya tanya boss saya”
Kedengaran dia bercakap dengan boss dia.
“Puan,call no ini pulak ye.”
Pass lagi ke unit lain.
Saya pun call la nombor yang dia bagi tu,unit lain pula dan ulang benda yang sama.
“Maaf puan,ini bukan under unit saya. Saya tak tahu apa-apa. Setahu saya boleh je berurusan,puan call semulala premis kerajaan B tu. “
“ Ok baik,terima kasih”
Saya pun call semula pegawai di premis kerajaan yang mula-mula tadi tu,yang tak benarkan untuk masuk.
“ Encik,saya dah call Majlis Daerah C macam yang tuan kata tu,mereka kata tak ada pun arahan mewajibkan tu. “
“ Saya tak tahu,yang saya tahu kerajaan memang mewajibkan”
“Encik nama apa ye,sebab saya nak tahu siapa ni yang pandai-pandai mewajibkan untuk cucuk”
Dia sebut nama dia -wah berani ye.
“ Ok encik XXX,saya boleh dakwa encik XXX sebab memaksa untuk cucuk baru boleh berurusan. Encik tahu tak tindakan encik ini salah dan melanggar perlembagaan negara? Saya boleh dakwa encik di mahkamah dan menang dengan mudah sebab apa jua peraturan yang melanggar perlembagaan negara terbatal dan adalah salah. “
“ Saya cuma jalankan tugas sebab nak elak kena kobis susah”
“Encik,kalau nak kena kobis,cucuk ke tak cucuk sama je risiko berjangkit dan menjangkiti “
Dia mula slow down.
“ Puan suruh je la si A buat swab yang menunjukkan dia negatif dan berurusan semula”
Kat sini saya pun mula slow down sebab saya malas nak panjangkan pertikaian sebab keadaan diri yang kurang sihat + atas highway tadi line boleh putus bila-bila masa.
“ Ok,kalau macam tu saya suruh si A buat swab yang menunjukkan dia negatif dan datang semula ye”
“Ok”
Selesai.
Kalau ikutkan saya nak je pertikai buat apa nak buat swab kalau sihat walafiat tapi saya fikir tak apalah malas nak panjang cerita memandangkan kalau nak ambil tindakan lagi lama nanti sedangkan urusan tu ada due.
Tuan puan,
Ketahui hak anda dan hiduplah macam biasa. Tak perlu takut dengan orang kerajaan ke apa sebab mereka pun manusia. Yang bayar gaji mereka pun hasil rakyat,mereka bekerja untuk rakyat so apa nak takut.
Tak betul kita sergah. Itu je
Janganlah lembik sangat kalau tak nanti kena buli je hidup ni.
Kalau kita tahu basic undang-undang pun dah ok. Tak perlu jadi pakar pun.
Kesimpulannya,ketahui hak anda,lindungi diri dan lindungi semua insan yang anda sayangi.
Setakat ni saya boleh hidup lagi macam biasa dan peduli apa norma baru ke tak baru. Bagi saya sama je tak ada apa yang berubah. Yang berubah sekarang ialah kalian yang terima norma baru ni dalam hidup kalian sepenuhnya,saya tak terima sepenuhnya pun.
Selamat berjuang sahabat sefikrah dan semua yang menolak paksaan serta diskriminasi tak kira cucuk atau tak cucuk.
Notatangan : Selagi namanya manusia,bukan robot,nego la sampai berjaya. Ada masa kita tak perlukan tindakan selanjutnya pun,cakap-cakap pun boleh settle. Kalau perlu,barulah lawan sampai menang.