BAGAIMANA SAYA BERMULA DENGAN BISNES ONLINE?
Dulu kan,tahun 2010 saya mulakan bisnes online dengan ilmu yang zero.Tak tahu apa,saya cuma bermodalkan sebiji laptop,sebiji handphone dan sebiji broadband untuk internet yang slow line macam siput di sebuah kampung yang terletak di hujung Bentong.Tapi itu bukan alasan untuk saya.2007 lagi saya tercari-cari bisnes yang serasi,sentiasa berdoa.2008 saya tersalah langkah,dan 2010 saya nekad tak nak buat silap besar lagi.
Bagaimana saya bermula?
Panjang ceritanya,saya ringkaskan sahaja ye. 😊
1.Saya bermula dengan doa saya yang diperkenankan selepas 3 tahun meminta kepada-Nya.
2.Saya bermula dengan niat dan tekad yang kuat.
3.Saya menulis pengalaman saya dan tulis dari hati (Copywriting dan Storytelling rupanya)
4. Saya mulakan dengan berkongsi di forum (Pemasaran melalui forum rupanya)
5. Saya buka FB pada 2009 tapi tak aktif.Selepas kena ban dari forum barulah saya fokus pada FB semula.
6.Saya mula berkenalan dengan lebih ramai orang.Ingat lagi FB saya ada 30+ kawan sahaja,itu pun kawan saya yang add kan kawan-kawan kami.Kalau tak ada beberapa orang sahaja.Saya bermula dari zero.Jadi kalau anda sekarang rasa zero,its ok,dont worry.Dan usah rasa terlambat.Better late than never.
7. Kemudian saya rajin google cari ilmu-ilmu bisnes.Saya cari di forum carigold.com,wangcyber dan banyak lagi blog-blog sama ada dari Malaysia,Indonesia mahupun antarabangsa.
8.Saya persediakan diri dengan ilmu dengan join kelas-kelas anjuran ABS yang sangat banyak pada masa itu dan kelas sifu lain,tinggal nak dengan tak nak sahaja.Ebook jangan cakaplah,berpuluh-puluh jugalah.Koleksi buku tentang bisnes boleh tahan.Punyalah nak cari ilmu.
9. Setakat naik bas dan teksi tu biasa untuk saya sebab en suami masih bekerja dan tak boleh hantar.Bagi saya,kalau nak berjaya,jangan bagi alasan.
10. Kemudian saya sedar yang channel perlu ditambah dan usah bergantung pada satu channel sahaja.Sebab itu 2011 muncullah blog pertama saya jutawangold.com.
11. Saya bermula dengan menjual emas,dan saya pastikan setiap apa yang saya jual akan datang dengan pakej.Contohnya kerepek nangka yang saya jual dari 2012,datang dengan pakej fb page,blog,web,youtube dan fb group.Semua ni saya dah buat dari 2010 lagi.Group perbincangan emas yang pertama di Malaysia saya yang tubuhkan (Gold Investor Club @GIC),cuma sekarang group tersebut tak aktif sangat sebab saya lebih fokus pada Asmak.Tapi jika dikorek ilmu dalam tu sangat banyak.Ia juga jadi saksi penentangan kami terhadap program-program emas yang mengarut.
12. Sehingga sekarang,kami menjana pasif income dari blog.Buat blog ni kena sabar,kena rajin menulis,kalau malas sekalipun buat at least 10 artikel dulu berkenaan produk yang kita jual.Pastikan ada gambar produk yang menarik,susunan yang kemas,mudah dibaca,no contact yang jelas dan kuasai ilmu SEO yang basic.
13. Blog adalah aset maya anda yang sangat berharga.Anda mungkin akan kehilangan facebook bila-bila masa,tetapi apa yang anda tulis di blog akan kekal di Google selama-lamanya.Makin lama makin bagus,tapi lagi bagus jika anda konsisten update dengan kerap.Dan ada banyak trick yang anda boleh belajar untuk kekal di page pertama di Google.
Tapi semua ini anda tidak akan dapat jika tidak bermula dari sekarang.Berhenti beri alasan remeh temeh.
Tak ada masa?Tak baik berkata begitu sebab Allah dah beri masa 24 jam.
Sibuk dengan anak?Anak saya pun 5 orang,satu angka yang tak banyak,tapi tak sikit,dan saya sendiri melalui zaman mencabar membesarkan mereka.
Sibuk dengan kerja?Saya sendiri bermula 2010 sambil bekerja,tak menjejaskan tugas hakiki dan berhenti pada 2016,resign 2017 secara rasmi.
Apa lagi alasan nak berikan?
Mulakan 2018 dengan semangat yang membara,dan salurkan semangat membara tu dalam bentuk tindakan.Berhenti ikut orang.Kita lebih tahu apa yang kita perlukan.
Ramai orang buat duit dengan menulis sahaja.Dulu saya tak faham juga,ingatkan jadi penulis buku -jual buku dapat duit.Sebenarnya tak,ramai orang buat buku (termasuklah saya dulu),bukan untuk buat duit semata,tapi untuk membina kredibiliti.Siapa lama dalam bidang emas online,pasti kenal saya disebabkan buku saya tu.Buku emas saya pernah jadi fenomena pada peminat emas dulu.
Dari bisnes pertama saya,dengan buku emas tu juga,kredibiliti saya bertambah dan ada pengikut tersendiri.Sebab itu pentingnya anda mengasah bakat untuk menulis.
Tulis di FB sahaja tak cukup,masukkan dalam blog.Tak susah pun,apa yang anda tulis di FB,copy paste sahaja ke blog.Bukan susah.
Ada masa benda yang anda tulis di blog,hantar link ke fb,biar mereka baca di sana.Lebih ramai baca di sana,lebih cepat ranking blog anda naik.
Kalau saya nak share,banyak.Tapi lagi elok jika anda datang sendiri ke HQ pada 24.02.2018 (Sabtu) nanti dan belajar sendiri.Mulakan dengan blog free,atau kalau nak terus yang blog berbayar (tak mahal manapun,still berbaloi),boleh mulakan terus.Berbayar ni yang ada domain – .com ,.net, .my.Apa bezanya?Lebih banyak function,kelebihan dan lebih mudah nak SEO (Search Engine Optimizing).Blog yang SEO akan mudah naik ranking atas.
Jom daftar sekarang.Jumpa di sana nanti.Bayaran RM100 sahaja untuk dibayar kepada trainer.
Yang best,kami sediakan goodies bag untuk semua yang hadir dan ada cabutan bertuah.Makan dan minum disediakan.
Apa yang penting,datang dengan niat untuk upgrade diri dan tambah ilmu.Kemudian,terus buat.
Jumpa anda nanti