Hari ni rasa terharu sangat.
Kebetulan pula dihubungi 2 orang yang berlainan.
Seorang bekas agen emas masa saya meniaga emas dulu.
Berhenti kerja dan dah ada kedai emas sendiri.
Asyik ulang je cakap ” cikgu guru pertama saya dalam emas ni.”
Dan minta saya doakan dia.
Segan bila dihormati macam tu sebenarnya. Lagi pula dia lebih berumur sikit dari kita. 😅
Selepas saya stop meniaga emas dulu, rajin dia tanya khabar.
Semoga semakin sukses.
Dah janji nanti kalau lalu tempat dia memang nak singgah.
Seingat saya bekas agen saya berbelas orang juga yang dah ada kedai emas sendiri, jadi tokey belaka. Saya tumpang gembira.
Lagipun kami stop cara baik sebab company yang tutup. Tak ada jodoh.
Yang kedua bekas staf.
Alhamdulillah, dah nak kahwin. Ajak ke majlis kahwinnya. Insyaallah, tak ada aral maka sampailah nanti.
Saya gembira bersilaturrahim walaupun masing-masing dengan haluan sendiri dan sudah tidak bersama dalam satu organisasi, sebab ianya bukan syarat untuk kita berbaik dengan orang.
Kita nak baik dengan semua orang. ❤️