Skip to main content

KES STUDY 5

Fokus pada pembangunan agen membuahkan hasil

Disclaimer :
Dalam kes study yang saya tulis,siapa tidak penting,apa yang penting ialah ambil pengajaran dan mesej dalam cerita untuk dijadikan panduan. Jika baik,ambil,jika tidak abaikan.

Kisahnya,

Si E ni dulu dah macam-macam bisnes dia pernah buat. Ada yang berjaya,ada yang kena berhenti separuh jalan dan ada yang terpaksa berhenti.

Sehinggalah dia bertemu dengan bisnes yang serasi dan sesuai sebab mempunyai support HQ yang bagus.

Kerja si E boleh tahan berat juga,tapi disebabkan support sistem yang bagus,ianya memudahkan si E berbisnes.

Si E seorang yang rajin. Sangat rajin belajar,masuk kelas dan menambah ilmu.

Si E menaikkan teamnya dengan memberikan ilmu secara berterusan. Apa yang menarik dia memang mengajar mereka secara bersistem.

Awalnya si E nampak ketinggalan dari orang lain,sebab orang lain kejar sales. Tapi si E ikut saranan leader,fokus pada pembangunan agen. Memang lambat,tapi hasilnya nanti manis.

Apabila ada stokis berdekatan dengan si E kena buang,leader meminta si E yang ambil alih. Si E berhadapan dengan cacian dan makian dari bekas stokis itu tapi dia sabar sahaja.

Si E terus membantu anak buah bekas stokis itu sehingga berjaya. Alhamdulillah.

Dan kini si E antara stokis berjaya dalam syarikat dan terus melahirkan lebih ramai usahawan berjaya sepertinya.

Ternyata kesabaran dalam membina team pasti akan membuahkan hasil.

Dan apabila mengikut saranan leader,insyaAllah akan lebih berkat.

Sebenarnya tak salah kejar sales,yang salah bila mengabaikan pembangunan agen.

Semoga kisah yang ringkas ini memberi manfaat kepada semua yang membaca.

Tak penting anda kenal sesuatu bisnes sebab siapa,apa yang penting hasil yang anda dapat dan pengakhirannya.

Perjuangan dalam bisnes ini masih panjang.

Kita sudah semakin berumur,dan tak ada masa lagi nak bertukar-tukar bisnes macam orang muda.

Kuatkan legasi dan melangkah dengan yakin. Usah ditinggalkan legasi yang telah dibina susah payah,melainkan orang yang ego dan sombong akan terus membuang masa membina satu demi satu bisnes yang tidak berkesudahan kerana tak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang ada.

Selamat berjaya para usahawan.

Nfam ~ Nor Fazilah Abd Mohd
Mentor&Leader kepada Stokis dan Agen
Norfazilah.com

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply