Last penginapan terakhir kami di Penang ialah di Bayview Beach Resort, Penang.
Sebelum tu kami menginap di The Light Hotel Penang di Seberang Jaya, Homestay di Bintong Perlis, Golden Sand Resort by Shangri-la Penang dan akhir sekali di sini.
Saya tak sempat nak pilih bilik yang betul – betul mengadap laut, jadi satu bilik dapatlah sipi-sipi dan satu lagi memang mengadap bukit terus. Not bad, cantik juga view. ❤️
Lobi luas dan banyak port boleh duduk di sini. Kolam pun luas dan mesra kanak-kanak. Aktiviti lain pun ada. Boleh naik kuda dan main air laut juga.
Lupa nak ambil gambar lift dia yang unik bentuknya, lutsinar pula. Macam bentuk kapsul.
Bilik luas dan selesa. Selebihnya biar gambar dan video berbicara. 😍