Throwback 25 Mac 2016
LUAHAN SEORANG GURU KAMPUNG
Pernah tak mengajar anak?
Mengadap dia seorang
Rasa geram sahaja bila anak tak dapat apa yang diajar kan?
Bayangkan seorang guru mengadap 30+ murid di dalam kelas
Saya risau dengan murid saya yang darjah 1 kelas belakang
ada 33 orang.
Perbezaan di antara mereka sangat ketara ada yang tak pernah sekolah,ada yang tak kenal nombor pun,ada yang baca pun tak pandai dan banyak lagi kelemahan mereka yang menyukarkan saya nak mengajar ikut silibus.
saya risau sangat,
kadang-kadang sedih,
sebab buntu nak selesaikan masalah mereka,
apa yang saya mampu buat ialah buat pemulihan untuk murid yang lemah secara berkumpulan,sesekali individu
dan murid yang boleh ikut silibus saya ajar ikut silibus,
penat memang penat,tapi harap dapat merasai kemanisannya nanti 12 tahun di sekolah,15 tahun dalam bidang perguruan,saya dah rasa mengajar tahun 6 lama juga dan kini saya sahut cabaran mengajar murid darjah 1
kedua tahun ini biasanya akan diberi pada mereka yang diyakini pentadbir sahaja banyak juga saya berhabis untuk beli alat bantu mengajar sebab nak tarik minat murid.
Alhamdulillah ok
tapi peperiksaan baru-baru ini 90% kelas B gagal sebab baca pun tak pandai,macam mana nak jawab soalan Matematik?
nak salahkan siapa ?