Kerana leader yang lemau dia terus tenggelam
Benarlah orang kata,macam mana kepala macam itulah ekornya.Kalau kepala tak betul,habis semua jadi tak betul.
Inilah yang saya selalu bebelkan kepada team bisnes kami. Mereka nak anak buah ohsem yang tiba-tiba turun dari langit,sedangkan diri mereka sendiri langsung tak ohsem.
Opss,pedas ke.Huhu.
Makanlah cili sesekali,biar terasa pedas dan baru kita sedar nikmatnya secawan air di saat kepedasan.
Saya menyaksikan ramai team yang tenggelam akibat dipimpin oleh leader yang lemau dan langsung tak nak berkembang.Sejenis leader yang tak layak pun panggil leader.Bila diketuk jalan sekejap,buat sesuatu ikut mood,tak sanggup berkorban,tak nak susah sikit,dan buat apa-apa hangat-hangat tahi ayam sahaja.
Untuk melahirkan anak buah yang ohsem,anda sendiri kena ohsem dulu.Diri sendiri kena mantap dan berjaya,barulah boleh diikuti oleh team.
Dapat sesuatu ?
Komen Alhamdulillah.