Kalau nak ikut cerewet, nak tunggu sempurna, memang tak berlangsung program baru ni. Semuanya kami rancang sendiri dan tak pernah guna event planner lagi buat masa ni.
Jadi kekurangan memang ada.
Saya percaya nak buat apa-apa tak perlu tunggu sempurna. Redah sahaja.
Tapi apa yang penting, sejarah sudah terlakar. Masa untuk mengorak langkah demi langkah. Yang lemah dan lemau akan gugur, yang ingin berjaya akan terus maju.
5hb yang padat dengan pelbagai aktiviti. Kami raikan masyarakat setempat, kanak – kanak dan usahawan Asmak sehingga ke malam.
Sesi paling memberi kesan ialah sesi waktu malam. Walaupun santai, tapi terasa ukhwah yang sangat dalam walaupun berada di bawah bumbung empayar yang berbeza, tapi bersatu kerana Asmak.
Dan tak lupa pada semua yang hadir. Kami amat menghargai kehadiran anda semua. Terima kasih banyak di atas sokongan. 😊
Dan sesungguhnya saya berasa terharu di atas kesudian YB Lee Chin Chen bersama wakil Parlimen Bentong hadir walaupun kami membuat jemputan di saat akhir. Ucapannya sungguh memberi semangat kepada semua yang hadir. Katanya akan datang lagi bersama YB Wong Tack di lain masa. Banyak lagi sempat bercerita,tapi biarlah bila jadi nanti.
Sedikit gambar-gambar perjalanan program. Gambar yang lebih lengkap telah di upload ke album di fb page rasmi Asmak by Mhamsb.