Skip to main content
Cuaca panas-panas ada yang mencari sesudu dua aiskrim.
Semalam wall fb aku panas hari ni nak korang sejuk sikit nah resepi ni😁
Ini resepi mudah aiskrim santan yang berlemak dan sedap!
Bahan-bahan
1. Santan yang dah dibekukan selama dua jam.
2. Heavy cream sama banyak potion dengan santan.
3. Stevia
4. Sedikit garam untuk membangkitkan rasa berlemak.
Caranya:
1. Menggunakan mixer, putar santan yang separa beku hingga menjadi berkrim lembut.
2. Dalam mangkuk lain, putar pula heavy cream hingga kembang.
3. Masukkan pemanis dan pukul lagi hingga sebati.
4. Masukkan cream santan dan gaul lembut bancuhan hingga sebati.
5. Sedikit garam dan gaul lagi.
6. Boleh masuk dalam bekas yang bersesuain dan beku kan selama 24jam.
– Boleh gunakan blender jika tidak ada mixer.
Selamat mencuba.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply