Skip to main content
Cerita Bisnes

Masuk tempat orang, ikut cakap orang.

By September 28, 2018No Comments

Apa hukumnya menjual produk orang di tempat yang pemiliknya tak benarkan? Hukumnya berdosa.

Apa pula hukumnya menyokong penjual di tempat demikian walaupun dah tahu HQ memang tak benarkan pengedar jual di sini? Fikirlah sendiri.

Kalau tak sengaja tak apa,kalau dah tahu jangan amalkan.Kami bersusah payah membina brand,membina agen,menjaga kebajikan mereka,datang mangkuk hayun dari mana entah,dapatkan stok dengan cara yang kotor melalui stokis kami,longgok dekat Shopee dan Lazada.

Oh ye satu lagi,yang dekat sini ramai dah terkena,promo gambar produk kami,nanti sampai barang,produk lain,kalau tanya kena block.Ramai sangat dah tertipu.Lihat sahaja gambar,jelas nama produk lain yang selalu disangka keluaran kami,tapi gambar letak produk kami.
Tapi tak dinafikan produk Asmak original memang ada dijual sini dijual oleh mangkuk hayun (tali barut) .

Jangan support orang macam ni.Dia hanya nak mudah hasil usaha orang lain.Pengedar kami siang malam buat marketing di fb,instagram,offline semua,dia senang je iklan dekat Shopee.

Kalau boleh iklan sana,tak payah kau mangkuk hayun yang iklan,stokis kami dah buat dulu la.

Dua minggu lepas dah buang stokis degil yang buang harga.Kali ni nak buang yang menjual dekat sini.Masalahnya siapa?
Dia licik,guna nama proksi,alamat pun ringkas,no telefon pun lain.

Tapi dia lupa,Allah tu lagi Maha Berkuasa.Berapa sen je kau untung bhai? Allah akan tarik berganda dari ni.Kau tunggu je.Doa dari seluruh pengedar Asmak akan menghantui hidupmu.

Saya akan usahakan juga untuk buat laporan kepada KPDNKK,dan tindakan keras akan diambil kepada anda.Pakej,saya akan viralkan muka,fb anda sekali.Nak femes sangat ye.

Ganjaran RM100+Set produk Asmak untuk setiap seller yang anda boleh dedahkan kepada saya nama mereka,no tel,gambar dan fb jika ada.

#SilaShare #MangkukHayunSilaBaca

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply