Measles Datang Lagi: Sila Cucuk Lagi, Masukkan Lagi “Bahan Best” Dalam Tubuh Anda
#sharingbynfam #awaken #nfamberleter🙂‍↔️
Sekarang ini kecoh tentang peningkatan kes measles (demam campak) di sana sini. Jadi apa solusi terbaik mengikut “protokol kesihatan moden”? Sudah tentu — cucuk lagi! Masukkan lagi bahan-bahan istimewa dalam tubuh manusia kononnya atas nama “kesihatan”.
Sarkastik Realiti Hari Ini:
-
Lagi banyak cucuk, lagi power sistem imun, kan?
Lagi banyak bahan kotor dan asing masuk, lagi sihat katanya! -
Dah ambil satu dos? Ambil booster pula.
Dah booster? Ambil pula versi premium berbayar — barulah makin kebal! -
Lepas measles, kalau ada penyakit baru muncul, jangan risau.
Ada cucuk baru lagi nanti! Tak perlu fikir. Ikut sahaja. Jangan dengar cakap “antivaksin” yang sibuk cerita pasal imuniti semula jadi, bahan-bahan kimia dalam vaksin, atau kesan sampingan. Konspirasi semata! -
Kita percaya sains moden!
Sains yang makin banyak eksperimen, ubah formula ikut musim, tambah dos kerana dos lama “tak cukup power”. -
Yang peliknya, makin ramai cucuk, makin banyak penyakit pelik muncul.
Semakin canggih perubatan, semakin bertambah masalah. -
Dulu measles biasa je, sekarang makin menjadi-jadi.
Penyakit autoimun pun dulu jarang, kini makin melambak. -
Tapi jangan tanya kenapa.
Jangan fikir sebab apa. Jangan selidik kenapa makin ramai kena walaupun semua ikut protokol kesihatan rasmi. -
Cucuk saja. Jangan soal. Percaya bulat-bulat.
Kalau sakit lepas tu? Bukan salah cucuk — salah badan anda! -
Kesan sampingan?
Kebetulan sahaja tu. Kalau makin banyak penyakit baru pun — tak ada kaitan. Jangan percaya “propaganda antivaksin”. -
Ikut sains!
Sains yang makin lama makin bertambah cucuknya. Booster berkali-kali itu tanda kemajuan, katanya. -
Kalau dulu satu dos cukup, sekarang lima pun belum tentu cukup.
Jangan pertikai. Terus percaya. -
Hidup dalam dunia yang pelik.
Imuniti semula jadi dari Allah dipersoalkan, tapi bahan sintetik ciptaan manusia diagungkan sepenuhnya. -
Tak kisahlah apa jadi… yang penting cucuk.
Jangan dengar cakap orang yang banyak bertanya — nanti otak penat.
Cucuklah sebanyak mungkin. Lagi banyak, lagi sihat! Kan?
Sumber Artikel:
Ditulis dan dikongsi oleh komuniti #NFAM | #AwakenSeries | #NFAMBerleter





