Dari pemerhatian saya di sekolah,ramai anak murid yang jenis nakkan perhatian sehingga ada yang nak kita beri tumpuan pada dia je
Situasi inilah yang sering menginsafkan saya dan membuatkan saya muhasabah diri agar sentiasa beri perhatian pada anak-anak sendiri dengan meluangkan masa berkualiti dengan mereka setiap hari walaupun sibuk..
Tanyalah tentang perkembangan mereka,dengar cerita mereka (anak saya suka cerita hal rakan-rakannya,aktiviti mereka dan apa yang berlaku di sekolah)
Saya juga suka tanya apa yang mereka belajar pada hari tersebut
Kemudian dari Maghrib sampai lepas Isya saya ajar mengaji,ajar akademik dan sesekali kami membaca buku bersama-sama dan buat aktiviti refleksi diri
Ini sahaja peluang yang kita ada,sekali mereka dah dewasa maka sudah terlambat untuk kita membentuk rebung yang dah jadi buluh
Melentur buluh biar dari rebungnya ~