Kami sebenarnya cuba membawa misi kehidupan seimbang dunia dan akhirat serta memperkenalkan gaya hidup sihat.
Saya percaya kalau nak sihat semuanya bermula dari perut. Kena jaga makanan dan kena amalkan gaya hidup yang sihat.
Saya selalu tertanya – tanya kenapa tak ramaikan pakar pemakanan. Bagi saya pakar pemakanan perlu ramai supaya boleh bantu orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat berbanding doktor (lebih pada merawat berbanding mencegah). Btw, ini pendapat peribadi sahaja, tak ada niat nak kutuk doktor ke apa.
Bagi saya kerja doktor sangat mulia dan saya sendiri ada doktor kegemaran saya yang dah nak masuk 2 dan 3 dekad saya dengan mereka. Kadang kasihan dengan beban tugas mereka yang banyak.
Saya selalu pesan pada anak, kalau boleh jadilah pakar pemakanan supaya boleh bantu lebih ramai mengamalkan pemakanan yang sihat.
Dan kalau nak jaga pemakanan atau diet, ada banyak jenis. Kita raikan semuanya.
Dalam banyak – banyak saya tertarik dengan diet jenis suku – suku separuh. Geng Asmak mungkin perasan ni. Malah saya pernah diet guna cara ni dan terbukti berkesan.
Kebetulan saya melihat sahabat saya dari kecil Pn Qiha Fareesya @Pn Rose rajin kongsi resepi dan perjalanan dia membantu anak dia untuk diet. Ada kisahnya ditulis ringkas dalam buku ni.
Saya pun mempelawa dia untuk syarikat saya terbitkan resepi beliau untuk disebarkan supaya lebih ramai dapat manfaatnya.
Dalam masa yang sama, saya mengenali Cik Zie @Pn Aziema yang merupakan pegawai dietician di Hospital HUSM. Saya banyak merujuk dengan beliau kadang kalau nak tanya apa – apa tentang diet. Memang best ilmu pemakanan ni sebenarnya. Tapi sayang tak ramai sangat di Malaysia ni.
Ketika menjaga mak sakit dan arwah ayah pun saya suka tanya beliau dan rujuk semula dengan doktor. Alhamdulillah banyak juga membantu saya.
Saya berbincang dengan beliau berkenaan dengan dilema mak-mak bila berpantang tak tahu nak makan apa atau banyak sangat pantang larang.
Jadi Pn Aziema pun menulis berkenaan menu berpantang khas untuk ibu baru lepas bersalin. Siapa nak amalkan gaya hidup sihat pun boleh amalkan sebab makanan ibu berpantang ni berkhasiat sebenarnya.
Semoga beliau dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
Gambar ini diambil pada majlis Asmak Grand Award 2020 tahun lepas pada hujung bulan 2.
Pra pelancaran kedua buku ini. Pn Aziema tak dapat datang kerana berkursus.
Sebenarnya dah dekat 2 dekad saya tak jumpa dengan sahabat saya Pn Rose ni.
Lepas dah jumpa balik kat alam maya kami berhubung secara online.
Kemudian majlis inilah yang menemukan kami kembali. Alhamdulillah.
Cumanya buku tak dapat diterbitkan sebab tak lama tu seluruh dunia dilanda Covid-19 dan banyak company tutup dan sukar beroperasi.
Kami pula sibuk dengan plan untuk bertahan di fasa pandemik dan terhenti sekejap kerja – kerja untuk meneruskan projek buku ini.
Alhamdulillah tahun ini kami dapat meneruskan kembali penerbitan buku ini walaupun tak seperti yang dirancang dari awal. Kita jalan terus, jangan tunggu sempurna.
Kedua buku ini berdaftar, ada no ISBN, dan 5 naskhah perlu dihantar ke Perpustakaan Negara.
Seorang surirumah yang sedang bergiat dengan bisnes online.
Seorang lagi pegawai dietician yang berkhidmat pada masyarakat.
Keduanya sama hebat dan Asmak menjadi asbab menjadikan mereka penulis yang mempunyai buku sendiri.
Asmak akan terus menyumbangkan walaupun sekecil bermanfaat.
Kami tak kejar glamour murahan, tapi cukuplah ada manfaat yang kami cuba berikan.
Selebihnya biar gambar berbicara.
Gambar buku last sekali.