Mereka dihina.
Mereka disindir.
Dipandang serong oleh rakan sejawatan. Dimalukan dan diaibkan oleh PGB.
Ditekan oleh orang atasan.
Menerima pelbagai diskriminasi yang diketuai oleh orang yang paling atas dalam kementerian. Sehinggalah ianya berakar umbi.
Malangnya tindakan menteri yang jelas diskriminasi mendapat sokongan majoriti warga pendidikan yang juga beragama Islam.
Mereka menurut saranan untuk diskriminasi, mereka menambah pula arahan sendiri.
Guru-guru ini dilarang masuk ke kelas, tak dibenarkan bersemuka, diminta duduk jauh dari orang lain, dilarang guna tandas yang sama.
Hina sangatkah bila tidak mengambil air suci itu? Anak kalian tidak pula kalian takuti?
Anak murid tak ambil air suci tak didiskriminasi?
Kegilaan apakah ini wahai guru yang majoriti beragama Islam ini? Kenapa sanggup buat begitu?
Ajaran siapa anda sedang ikut sekarang ni?
Menjawablah anda di sana kerana anda menyokong kezaliman oleh pemimpin yang zalim.
Kepada guru yang didiskriminasi. Kami bersama anda. Teruskan berjuang.
Kita sudah jauh sehingga tahap ini, alang – alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Kita tengok siapa yang terkena nanti. Sama ada di sini atau di sana. Cepat atau lambat sahaja. Kifarah itu ada
Malaysian Educator Movement (MEM)
Jom tekan link di sini untuk lihat video mereka.