Sekarang ini, semakin ramai pihak bercakap tentang tindakan petugas kesihatan yang dikatakan datang menyerbu ke rumah mencari kanak-kanak bawah 5 tahun untuk diberi suntikan MR.

Makin merebaklah measles kerana semakin ramai yang mengambil vaksin, tetapi nanti golongan antivaksin juga yang akan dipersalahkan.

Keadaan ini sudah kelihatan luar biasa — petugas mencari-cari ke rumah orang. Adakah ini tanda terdesak untuk mengejar KPI?


Penyakit Meningkat Selepas Kempen Besar-besaran

Sekarang ini, situasi sudah terbalik. Penyakit semakin meningkat selepas kempen suntikan besar-besaran dijalankan.

Secara logiknya, jika vaksin berkesan, kes sepatutnya menurun, bukannya meningkat.

Kempen MR 2025 ini jelas menunjukkan keadaan yang terdesak, sehinggakan sanggup menerjah rumah orang.


Isu KPI & Target Liputan

Ini bukan sekadar isu kesihatan, tetapi juga soal KPI dan target liputan.

Selepas itu, apabila kes measles meningkat, mulalah golongan ‘antivaksin’ dijadikan kambing hitam.

Padahal, data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sendiri menunjukkan bahawa wabak juga sangat banyak berlaku di kalangan yang sudah divaksin. Tetapi perkara ini jarang diceritakan oleh media.


Kebimbangan Terhadap Kanak-kanak Tidak Divaksin

Persoalannya, jika vaksin benar-benar memberi perlindungan, kenapa perlu terlalu takut dengan kanak-kanak yang tidak divaksin?

Sepatutnya, mereka yang sudah divaksin boleh tenang-tenang sahaja.

Janganlah keterlaluan sehingga menjadi seperti drama ‘orang geledah rumah untuk suntik anak bawah 5 tahun’.


Logik Keberkesanan Vaksin

Jika vaksinasi benar-benar berkesan, tidak mungkin wabak measles akan berleluasa.

Contohnya, di sekolah di Amerika Syarikat, ketika kadar vaksinasi mencecah 98%, sebanyak 70% kes masih berlaku dalam kalangan pelajar yang lengkap divaksin.

Ini adalah bukti jelas bahawa ‘vaccine failure’ bukan sekadar mitos.


#sharingbynfam #awaken #tolakvaksindenganilmu

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply