Bisnes alaf baru. Janji bulan bintang. Tak perlu fokus pada manfaat produk kepada pengguna , fokus kayakan penjual sahaja. Tekan butang agama sikit. Siap.
Hati-hati jangan tersilau.
Pesan je. Sebab pengalaman dari 2010 tengok macam-macam game dalam bisnes.
Kalau tersentap sila unfriend. Fb ni untuk saya tulis apa yang saya nak abadikan sebagai reminder kepada diri sendiri dan orang lain.
Dulu zaman emas pun teruk saya kena kecam.Belum lagi kena kecam dengan scammer MLM. Tapi lepas tu ramai yang malu sendiri bila kebenaran terserlah.
Saya tak balas pun pulang paku buah keras lepas tu sebab bukan itu tujuan saya sebarkan kebenaran.
Dengki?
Tolong semak hati sendiri dulu ye. Kalau setakat kenal saya baru beberapa tahun ni sila duduk tepi. Siapa kenal dan follow tulisan saya dari 2010-2012 je majoriti yang memahami saya.
Nfam,
Tak ada masa nak dengki dengan orang. Sibuk dengan urusan sendiri, sesekali tulis untuk reminder mereka yang nak terima sahaja.