Skip to main content

Katanya tak ada masa, tapi tengok drama, scroll sana sini kat FB, IG, Tik Tok ada masa.
Katanya sibuk, tapi sebenarnya sibuk dengan entah apa-apa benda.
Katanya anak mengacau, tapi sebenarnya dia yang tak pandai urus.
Katanya tak sempat nak buat posting menjual, tapi update benda lain boleh je.
Katanya.. katanya.. banyak lagi katanya.
Yang bagi alasan memanjang ni nak apa? Sabotaj diri sendiri namanya tu. Sendiri nak berjaya sendiri bagi alasan, sendirilah menanggung.
Para leader hanya mampu menunjuk jalan. Tak mampu nak payung anda setiap masa. Mereka bukan kaunselor atau motivator asyik nak up semangat orang yang down memanjang,tapi mereka sudi bantu di saat memerlukan dan bantu anda walaupun mereka juga ada masalah mereka sendiri. Demi anda semuanya diketepikan.
Tapi kalau tak buat apa yang disuruh sehingga gagal, itu salah diri sendiri yang sebenarnya bukan nak berjaya sangat pun, sekadar main-main dan suka – suka.
Tepuk dada tanyalah diri sendiri. Sebenarnya nak apa?
Nak kejayaan? Buatlah betul – betul.
Kata beras kita beli, jangan malas.
Kalau kita malas, anak kita nanti lagi berganda malasnya.
Fikirkan masa depan mereka✌️

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply