Nak tinggal air manis tapi macam mana?
Saya dah biasa minum manis.
Mana boleh tinggal..
Sebenarnya boleh.
Korang kena cari alternatif untuk gantikan gula putih yang korang dah biasa letak dalam minuman tu.
Nak ganti dengan apa eh?
Siapa ingat 5 pemanis yang selamat saya pernah share. Boleh amalkan yang tu sebagai pilihan. Ada orang mampu je minum segalanya kosong,so teruskan sahaja.
Tapi ada orang tak mampu,mesti nak ada rasa manis2 sikit. Tak perlu risau sebab dah ada pilihan pemanis semulajadi yang selamat. Apa yang penting pastikan tiada pemanis tiruan sebab lambakan di pasaran yang campur pemanis jenis macam ni.