Skip to main content


Tahun depan adalah tahun saya bercadang untuk kembali aktif dalam dunia emas.

Kalau umur panjang la.

Saya mula cari ilmu emas dan simpan emas pada 2008.

Maka 2018 genaplah 10 tahun.


Impian saya, nak buka syarikat emas sendiri dengan menggunakan sistem agen.

Memandangkan hampir 60% yang friend/follow FB saya adalah dari emas, boleh tak nak tau siapa yang masih nak follow saya lagi?

Yang baru nak follow pun dipersilakan 😄

Siapa nak guide dan bagi cadangan di alu-alukan. Maklumlah, dulu kita agen je, walaupun banyak dah tahu, tapi masih banyak yang perlu diketahui.

Pengedar MHAMSB jangan risau ye, fokus saya masih lebih pada produk-produk MHAMSB.

Penglibatan dalam dunia emas InsyaAllah takkan menjejaskan bisnes sedia ada.

Malah pengedar MHAMSB akan dibimbing secara PERCUMA oleh saya untuk jadi #bijakemas dan #celikemas.

Bagi yang tak tahu siapa saya, serba sedikit tentang saya –

Dulu saya adalah antara top dealer dua buah syarikat emas, penulis buku dan ebook tentang emas, blogger emas, pengedar yang mempunyai rangkaian yang besar dan admin group perbincangan emas di FB yang pertama di Malaysia -Gold Investor Club @ GIC yang ditubuhkan dari 2010.

Pernah mendapat liputan di Sinar Harian dan bersiaran di radio.

Jadi speaker dan penceramah program emas.

Tak lupa, saya antara yang keras menentang program sontot emas. Huhu.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply