Baru-baru ni masa dalam kereta, anak dara tiba-tiba membawang.
“Eei, teruknya pakai ketat, lepas tu nampak rambut semua”
Saya pun tegur dia ” dari ko kutuk dia, baiklah ko doakan dia semoga dapat hidayah, kan lagi bagus”
Jangan rasa diri kita baik bila bertutup semua. Dan jangan hina terus mereka yang tak bertutup ni. Jangan bagi pandangan yang sinis. Layan baik-baik sahaja, kita tak boleh nak hukum orang macam kita ni confirm masuk syurga dia masuk neraka.
Tapi dalam masa yang sama, bagi yang tak tutup aurat dengan sempurna pun, fikir-fikirlah juga.
Sampai bila?
Paksa je diri ikut syariah.
Kadang kita rasa benda tu kecil, tapi rupanya ia penyebab hidup kita rezeki susah nak masuk, duit asyik tak cukup, bisnes kurang menjadi dan macam-macam lagi.
Kalau luaran dah tak jaga, apakah kita yakin dalaman kita sangat bagus?
Maut tak mengenal usia.
Bagaimana jika mati dalam keadaan aurat yang mengaibkan?
Menjaga aurat itu kewajipan.
Tanda orang yang iman dan solatnya tak sempurna ialah bila akhlak dan auratnya tak terjaga.
Kita sukakah memberitahu satu dunia yang solat kita entah apa-apa? Atau langsung tak solat?
Pandangan manusia tidak apa lagi. Tapi bagaimana dengan pandangan Allah?
Belajarlah ilmu agama sedalamnya.
Sejujurnya masih ramai menyangkakan menutup aurat itu sekadar memakai tudung. Tudung pula tidak patuh syariah. Nampak leher, pendek, nampak telinga, dada dan sebagainya. Pakaian usah kata, macam sarung nangka, lepas tu lengan pendek dedah sana sini.
Semoga kita sama- sama membaiki diri. Saya pun tak sempurna juga.
Tapi kita harus terus berusaha.
Selalu pesan pada team bisnes. Semoga bisnes Asmak menjadi asbab kita semakin dekat dengan Dia. Tak tahulah mereka faham ke tidak.
Harap-harap fahamlah.
Nfam,
Dari mata turun ke hati. Jagalah penampilan sesuai dengan imej seorang Muslimah.