Akhirnya…

Mereka berjaya.
Ya, berjaya normalisasikan kematian mengejut.
Berjaya buat manusia anggap orang rebah, mati tiba-tiba, kena jantung masa tengah sihat — itu semua ‘biasa’.
Sama juga seperti mana mereka berjaya normalisasikan.

pertambahan kes autisme secara drastik di kalangan anak-anak kita.
Dulu 1 dalam 10,000 — sekarang ada negara 1 dalam 36!
Tapi semua kata “oh, awareness je makin tinggi sekarang.”
Betul ke? Atau memang makin ramai yang kena, tapi kita masih buta sebab dah terlalu ikut sistem?


1. Mereka Bagi Sebab — Kita Angguk. Tak Tahu Apa dan Pasrah

 

Orang muda rebah tengah jogging –
Kita kata “oh, mungkin stress.”
Budak sekolah tiba-tiba disahkan ‘high risk jantung’ –
Kita kata “genetik kot.”
Anak umur 2 tahun tak bercakap, elak mata, tantrum luar biasa –
Kita kata “biasa la… slow sikit.”
Semuanya kita telan.
Tak berani tanya. Tak mahu persoal. Takut digelar antivaksin.
Sedangkan yang pelik makin jadi biasa,
dan yang patutnya jadi isu besar… terus ditutup rapi.


2. Bila Kita Tanya, Mereka Kata “Kebetulan.” – Kebetulan Sampai Beribu-Ribu?

 

Setiap kali ada kes –
“Kebetulan je tu.”
“Dah ajal.”
“Tak ada kaitan pun.”


Tapi bila kebetulan berlaku terlalu kerap, terlalu dekat, dan terlalu ramai…
itu bukan lagi kebetulan. Itu corak. Itu ‘pattern’.
Dan pattern ni cukup jelas — lepas ambil sesuatu, makin ramai yang jatuh sakit.
Tapi peliknya, yang pertahan tu masih tak nampak.
Kenapa?
Sebab mereka tak nak terima bahawa apa yang mereka percaya selama ini… sebenarnya memudaratkan.


3. Bila Kita Suarakan – Kita Dikutuk

 

Kita yang soal:
“Kenapa makin ramai budak autism?”
“Kenapa makin ramai kena jantung di usia muda?”
“Kenapa tiba-tiba ada strok lepas cucuk?”
Terus dicop:
“Konspirasi!” “Antivaksin!”
“Takde bukti!”

Tapi bila mereka yang kena batang hidung sendiri…
terus senyap. Tak buat post panjang. Tak back up sistem.
Sebab masa tu baru rasa sendiri.
Baru tahu bukan teori kosong.


4. Tak Apa, Kita Jaga Keluarga Kita. Kubur Pun Asing-Asing.

 

Sekarang ni, jujur aku cakap — aku dah malas nak beriya sangat post macam dulu. Aku rasa nak share aku share.
Aku penat dah ulang benda sama.
Yang nak celik, dia akan celik.
Yang nak terus jadi hamba sistem, biar dia tanggung sendiri.


Aku?

Aku akan terus jaga:

  • Suami & anak-anak aku

  • Apa yang masuk dalam mulut dan badan mereka

  • Apa yang aku izinkan untuk suntik masuk ke tubuh

  • Apa yang aku pilih untuk rawat bila mereka sakit

Biarlah orang kata kita paranoid.
Biarlah kita nampak ‘ketinggalan zaman’.
Asalkan kita tahu apa kita buat. Dan kita tahu kenapa kita buat.
Sebab akhirnya, kubur masing-masing.


Yang mati mengejut tu, kau ke yang kena jawab depan Tuhan?
Yang anak makin pelik perangai, makin tak kenal dunia — kau ke yang kena tanggung sepanjang hayat?
Masing-masing tanggung sendiri.
Tugas kita yang sedar ni cuma sampaikan ikut kemampuan sahaja.
Selebihnya atas mereka — tak ada siapa paksa percaya post orang macam aku ni.


5. Jangan Terlambat Baru Nak Menyesal

 

Bila kita tegur hari ni, kita bukan nak tunjuk pandai.
Kita bukan suka-suka nak menentang arus.
Kita cuma nak elak lebih ramai lagi jadi mangsa.
Kita cuma nak ajak orang buka mata, buka hati, dan kaji sebelum terlambat.

Sebab bila dah kena,
bila anak dah sakit,
bila ahli keluarga dah rebah tiba-tiba,
masa tu air mata pun dah tak guna.

Jadi hari ni, aku nak pesan satu je:
Kalau masih belum sedar, jangan tunggu sampai kau sendiri jadi data statistik yang ‘kebetulan’ tu.
Dan kalau masih nak pertahankan sistem tu – silakan.
Tapi jangan ganggu kami yang pilih untuk jaga amanah tubuh ini dengan cara fitrah.

Kami tak rugi apa-apa kalau anda tak nak percaya.
Kami juga tak untung apa-apa kalau anda percaya.
Sekadar harapkan secebis rahmat kerana berkongsi dan sebarkan kebenaran — itu sahaja.
Redha Allah jua yang kami cari.


Sumber Artikel:

Penulisan asli oleh NFAM
#sharingbynfam
#MerekaDahBerjayaNormalisasikanYangPelik
#KuburMasingMasing

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply