Fb ni tak macam orang berbisnes pun.
Bukan semua orang bisnes terutamanya owner atau founder nak kena tunjuk segala benda untuk buktikan dia berbisnes.
Kadang malu nak mengaku owner atau founder sebab stigma masyarakat dan perangai setengah orang ni yang memburukkan nama pendiri bisnes. Asal pendiri bisnes kena buat marketing murahan.
Bukan semua macam tu. Ada je kawan kita yang low profile dan tak buat marketing murahan,dan mereka berjaya.
Yes kadang ada post tentang bisnes sebab itu untuk rujukan sendiri sambil bagi semangat pada jemaah bisnes. Benda baik tak salah pun post.
Dan walaupun kadang tak post dekat fb tapi kerja belakang tabir tetap jalan setiap hari.
Walaupun tak masuk ofis tapi tetap kerja dari rumah.
Sekarang saya ada dua circle berbeza tak termasuk circle lain iaitu ;
Circle bisnes dan circle NGO.
Keduanya ada kelebihan tersendiri.
Yang pastinya yang paling lama dengan saya ialah circle bisnes tu. Sebab saya bermula dari 2010 di fb.
Dan saya suka circle bisnes ni sebab mereka selalu positif.
Circle NGO pun ramai kawan yang baik-baik.
Apa pun yang kita buat anggap sebagai ibadah dan biarlah niat kerana Allah swt.
Ada orang yang kerja makan gaji tapi pandang hina pada orang berniaga.
Maybe sebab dia anggap diri dialah yang terpaling mulia. Bersabarlah
Rasulullah saw pun berniaga. Ingat tu je