Kadang-kadang letih juga rasa transit kat KL weekday dan balik Bentong Jumaat-Ahad atau sehingga cuti sekolah habis.
Dengan 6 orang anak yang semakin membesar.
Mujur 4 orang dah boleh urus sendiri barang mereka.
Jadi mak hanya perlu uruskan barang sendiri dan 2 orang yang masih kecil.
Setiap minggu.
Mujur juga bisnes dah autopilot. Tak melekat kat badan sendiri. Kalau seandainya tak bukak hp terus pun bisnes akan terus berjalan insyaallah.
Dari segi jarak memanglah tak jauh, Bentong je. Tapi proses nak sediakan persiapan pergi balik tu yang meletihkan. Dengan risiko atas jalan lagi.
Semoga pengorbanan ini berbaloi.
Bukan senang nak senang.
Disebabkan pengorbanan yang dulu dah sampai tahap sekarang.
Dah dapat kebebasan masa dan kewangan.
Now pengorbanan untuk ke satu tahap yang lebih tinggi pula.
Terima kasih atas sokongan seluruh team bisnes. Tanpa anda siapalah kami.
Dan tq Allah, tanpa rezeki dari-Mu kami semua tak merasa kejayaan ini.
Semoga ianya mendekatkan lagi kami dengan-Mu. Amin.
Gambar tiada kaitan.
Post untuk kenangan rider.