Berikut adalah kenyataan penuh yang dikongsi oleh Masyitah Md Hassan berdasarkan hantaran asal oleh Ustaz Rasyiq Alwi berkenaan isu ketidakhadiran Ustaz Abu Syafiq dalam perbicaraan kes saman oleh YB Khairy Jamaluddin.

 

  1. Pada 4–5 Februari 2025, saya tidak berada di Malaysia pun. Saya hanya dapat khabar berlakunya perbicaraan kes saman Khairy Jamaluddin terhadap saya berlaku pada tarikh tersebut hanya dari berita bertarikh 5 Februari.

 

  1. Saya belum lagi melantik peguam baharu mewakili saya untuk perbicaraan mahkamah kes ini kerana berada di luar negara dan memerlukan sedikit masa dan kewangan.

 

  1. Tarikh perbicaraan yang telah disahkan oleh Mahkamah dan yang saya dapat daripada surat rasmi Mahkamah yang ditandatangani oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur, yang mana di dalamnya mewajibkan saya hadir perbicaraan kes ini adalah pada tarikh lain dan bukan pada 4–5 Februari 2025.

 

  1. Sewaktu pengurusan kes ini secara dalam talian (Zoom), hakim juga tidak memaklumkan kepada saya bahawa pada 4–5 Februari akan berlangsungnya perbicaraan.

 

  1. Tiada satu pun dokumen rasmi yang disahkan oleh Mahkamah yang mewajibkan atau menyatakan saya wajib hadir pada tarikh 4–5 Februari untuk perbicaraan.

 

  1. Saya percaya Malaysia sebuah negara yang adil terutama melalui institusi Mahkamah, dan tindakan plaintif ‘bersilat’ seorang diri tanpa kehadiran saya atau peguam saya demi untuk menghukum saya adalah tindakan amat tidak wajar.

 

  1. Saya adalah seorang yang jenis hadir dalam semua kes saman saya dan saya menang dalam semua kes saman fitnah ke atas semua defendan. Begitu juga saya hadir bila saya di pihak defendan.

 

  1. Apabila saya tidak dapat pengesahan berkaitan tarikh perbicaraan, bagaimana saya mahu hadir? Yang saya dapat pengesahan daripada Mahkamah adalah pada tarikh lain dan bukan 4–5 Februari 2025.

 

  1. Kesan buruk pengambilan vaksin Covid-19 memang ada berlaku kepada sebahagian rakyat Malaysia. Ini dibuktikan melalui Kertas Putih yang dibentangkan oleh Kerajaan Madani dengan menyatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membayar pampasan kepada ratusan rakyat yang terkesan buruk selepas divaksin.

 

  1. Apapun, saya menuntut keadilan. Semoga kita semua mendapat pencerahan yang benar lagi adil. Kekalkan dalam akidah Nabi…

 

ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT.
Ustaz Abu Syafiq, Mekah


Sumber Asal:
Hantaran asal oleh Masyitah Md Hassan berdasarkan kenyataan Ustaz Rasyiq Alwi.
Klik untuk lihat di Facebook

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply