Skip to main content

PERJALANAN MEMILIKI RUMAH PERTAMA

Im a leader and eat last.

Lama dah orang lain memiliki rumah sendiri. Anda lagi hebat dah ada rumah sendiri. Saya bisnes dah lama, tapi saya baru sekarang nak beli rumah.

Tak pernah ada rumah sendiri dan hanya pada usia 38 tahun beli rumah. Inilah track saya. Kita tak perlu gusar nak ikut track orang lain.

Lagipun fokus saya sejak 5 tahun berhenti kerja sebagai guru memang sepenuhnya pada bisnes. Saya perlu fikir untuk kembangkan bisnes, syarikat, staf dan para pengedar dulu.

Saya dua beradik je, orang tua ada tanah Felda di Jengka, ada kebun 10 ekar, sebidang tanah dan sebiji rumah.

Bila dibahagi dua memang besarlah tanahnya boleh dapat dan boleh buat rumah. Tapi still suka anggap diri tak punya apa.

Saya nak usaha sendiri.

Ketika mengajar di kampung dulu, mak suruh buat rumah di belakang rumah pusaka arwah atuk dan nenek untuk dia. Dan minta kami duduk sekali. Maka saya pun reka pelan sendiri dan suruh tukang buat rumah. Alhamdulillah itulah rumah kami duduk jika balik Bentong.

Still saya anggap saya tiada rumah, sebab saya anggap tu rumah untuk mak duduk dekat dengan adik beradik dia. Adik saya pun duduk sekali. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.

Tahun lepas masa pindah sini kami fikir nak menyewa je dulu. Suami dah cakap nanti nak beli rumah kat sini, saya endah tak endah je, sebab mindset saya, nak beli tanah di kampung dan buat rumah idaman saya ikut pelan saya sendiri. Nak ada tanah luas keliling rumah, ada kolam, ada tempat anak boleh bermain, ada gazebo dan tempat berkebun dan tanam bunga. Takkanlah nak menetap di KL kan. 😄

Tiba-tiba baru ni terfikir, Surfina kecil lagi, nak tunggu dia habis belajar semua dekat 2 dekad juga.

Sampai bila nak menyewa?

Tanya dengan Dato, owner rumah kami sekarang, dia cakap tak nak jual.

Apa lagi..

Bermulalah pencarian rumah kami..

Pilihan pertama.

Corner lot, besar, depan ada taman, pokok-pokok semua, dan kami memang dah suka.

Tapi tak jadi sebab langsung dia tak nak kasi kurang.

Sebab kalau beli nak kena renovate.

Kami tak jadi beli walaupun dah berkenan.

Pilihan kedua

Rumah tiga tingkat, 6 bilik dan 5 bilik air, corner lot, luas, semuanya ok sangat sebab dah siap renovate semua dah.

Sekali dia cakap dah ada orang nak beli pula. Sebelum ni hampir tak jadi, masa kami nak dia kata orang tu jadi pulak.

Hampa lagi.

Kami pun mencari dan terus mencari. Kriteria utama masih di kawasan ini sebab anak-anak kami bersekolah kawasan ni dan kami pun dah jatuh cinta dengan suasana di sini. Dan mestilah landed sebab saya rasa lemas nak duduk rumah jenis kondominium /apartment atau flat tu. Bukan sebab berlagak, tapi bab ni saya jiwa kampung sikit jenis nak kena tengok alam sekeliling kalau tak macam tak ada energi rasanya.

Kami pun decide, relaks dulu dan pusing – pusing cari.

Sampailah satu hari kami terjumpa rumah dekat sangat dengan masjid. Bila call dia cakap baru je ada orang beli.

Hmmm
Tak ada rezeki lagi.

Pusing ke belakang sikit, eh adalah
Jom call.

Terus jumpa dan dapat tengok rumah lepas tu.
Sama-sama berkenan.

Walaupun tak macam rumah pertama tadi, tapi dekat sangat dengan masjid.

Masjid ni antara yang terbaik kat negeri ni. Mufti ke, ustaz ke atau ustazah yang femes selalu ke sini. Saya pun sempat hadir kuliah Dato Dr Zulkifli, Menteri Agama kita kat sini.

Dan urusan kami untuk dapatkan rumah tu dipermudahkan.

Walaupun bukanlah rumah idaman tapi ianya memadai sangat untuk membesarkan anak dalam suasana yang sederhana. Ada 4 bilik, 3 bilik air dan boleh renovate lagi tambah bilik dan ruang tamu kedua di tingkat atas. Taman dan surau pun selang beberapa rumah je. Dekat dengan pusat rekreasi, dan masih ada pemandangan bukit dan gunung macam rumah sewa sekarang.

Rupanya Allah nak kami duduk dekat dengan masjid.
Sentap jap.

Bila kita dah berusaha, haruslah pasrah dan berserah kepada Allah kerana pilihan Allah adalah yang terbaik.

Alhamdulillah. Saya dah ada rumah pertama.😍

Insyaallah nak tambah aset yang kedua, ketiga dan seberapa banyak yang boleh. Insyaallah.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply