Skip to main content

Petang tadi rasa nak round kampung pusing dengan motor bersama en suami.Teruja nak tengok sebab dengar cerita en suami katanya dah banyak berubah.
Almaklumlah akak ni keluar rumah terus balik rumah.Tak sempat nak pergi sana sini dalam kampung ni.

Kemudian tiba-tiba rasa nak pergi perkampungan orang asli.Masa tu terdetik, “dah lama dah aku tak nampak anak murid OA ni”

Tup-tup dari jauh kelihatan sekumpulan budak-budak baru lepas habis main.Nak gerak balik ke rumah rasanya.
Tiba-tiba salah seorang tu perasan kelibat saya,apa lagi ;

“Cikgu..cikgu..cikguuuuuu ” dia panggil dengan excited.Habis yang lain pun ikut sekali.

Beritahu kat en suami ” nak jumpa diorang,lama dah tak jumpa”

Apa lagi,bersembang sakanlah kami sekejap.😄
Ya Allah,rindu sebenarnya kat diorang ni. Anak murid OA memang lebih ramah dari murid tempatan.Mereka juga sangat menghormati guru.Dulu memang rapat dengan diorang ni.

Tadi dah set dah dating seterusnya esok.Maklumlah lama tak jumpa kan,nak belanjalah diorang esok.Segan tadi tak bawak apa-apa sebab tak rancang.Dah terbiasa memberi masa mengajar lagi.Guna duit gaji sendiri,tapi puas.

Once a teacher,always a teacher.

“Cikgu,saya ingat lagi,cikgu pernah kata cikgu tak suka marah,kecuali kami asyik buat salah ”

Allah,ingat lagi rupanya.Memang saya tak suka marah orang pun.Kalau marah tu,faham-faham je la.Pasti ada sebabnya.

Apa pun,kita manusia biasa.Tak lari dari kesilapan.

Image may contain: 5 people, people smiling, outdoor      Image may contain: 13 people, people smiling, people standing, child and outdoor

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply