Skip to main content
Cerita Bisnes

Perkara haram pasti bersebab.

*KASIHNYA ALLAH KEPADA WANITA*

Biasa dengar tak ayat ni :
 “susahnya lahai jadi perempuan ni”
 “jadi perempuan ni itu tak boleh ini tak boleh”
 “lelaki boleh pulak, kenapa perempuan tak boleh”

Apabila Allah SWT mengharamkan wanita mendedahkan kecantikan zahirnya dan apa jua berkaitan kehormatan diri, bukan kerana Allah SWT hendak menyekat kebebasan wanita, tetapi kerana Allah menyayangi wanita.

Hukum Allah yang wajib kita taati boleh diumpamakan seperti peraturan jalan raya. Adanya lampu merah, hijau dan kuning, papan tanda dan sebagainya. Dengan mematuhi peraturan jalan raya, tidak akan berlaku kemalangan sekaligus selamatlah perjalanan. Begitulah dengan mematuhi hukum menutup aurat, akan membawa keselamatan dalam kehidupan.

Antara perintah Allah untuk para wanita adalah dengan berhijab/bertudung. Hikmah Allah menyuruh para wanita bertudung adalah untuk melindung kehormatan diri dan juga mengelak fitnah. Setiap perkara yang Allah perintahkan pasti bersebab kerana Dia Maha Mengetahui. Tidak ada wanita yang akan teraniaya dan menderita kerana hukum menutup aurat. Sebaliknya, dengan mendedahkan aurat mereka telah menzalimi diri mereka dan merosakkan orang lain.

Jika benar kita beriman kepada Allah, laksanakanlah Amar Maaruf Nahi Mungkar. Wahai wanita, jadikan dirimu seperti rama-rama yang hanya boleh dipandang tapi tak boleh ditangkap kerana dirimu begitu berharga.

*#AWRANORFA* *#COVERYOURAURAHPERFECTLY*

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply