Semalam jumpa dengan seorang doktor pakar di hospital swasta.
Memang selalu jumpa dia jika ada apa – apa.
Berpangkat Dato, semasa dia menulis saya perhatikan dia.
Anggaran umur dah 60 lebih. Berkedut dah.
Kalau tengok, dari segi kewangan tu memang dah terlebih cukup.
Tapi kenapa dia susah – susah lagi nak berkhidmat?
Saya nampak dalam diri dia. Passion untuk tolong orang. Dalam diri dia ada satu kepuasan bila dapat membantu pesakit.
Dia rasa gembira dapat jadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain.
Begitulah bila kita buat bisnes. Perlu ada passion dan minat yang mendalam serta perasaan ingin memberi manfaat kepada seberapa ramai orang.
Ini adalah penguat semangat buat kita tak kira masa.
Selamat berbisnes usahawan.
Semoga dipermudahkan segalanya buat anda. 🌹