Untuk pertama kalinya produk keluaran MHAM Sdn Bhd, Jus Asmak sudah pun masuk TV. Program apa? Program Assalamu’alaikum di TV al-Hijrah, pada pagi 1 Mei 2017 baru-baru ni.
Ditemani dengan SuperStokis Sabah, Pn. Nurul Aqidah Sulaiman, kami menuju ke sana awal pagi. Slot yang sepatutnya pada 8.15, dilewatkan ke 9.45 pagi, slot terakhir.
Terserempak dengan ramai usahawan-usahawan lain yang turut mempromosikan produk masing-masing, termasuklah Ustaz Don yang mempromosikan kem motivasi beliau. Pengacara pula, antaranya Ashraf Muslim dan Ustaz Fadhli UNIC. Semuanya segak-segak dan nampak muda dan segar je. Apa rahsia mereka ye? Peramah dan tak sombong pula tu.
Alhamdulillah, memang nampak berkesan promosi di TV ni. Selepas sahaja temubual, panggilan tak berhenti-henti masuk.
Terima kasih kepada semua yang membantu. Insya Allah, banyak lagi pelan pemasaran dan penjenamaan yang telah, sedang dan akan terus dirancang untuk berkongsi rezeki dengan agen dan manfaat kepada masyarakat.
Jemput tonton video temubual kami ye. 🙂