Skip to main content
RAHSIA SURAH AL-KAHFI
Orang yang membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, bawah kakinya akan bercahaya sehingga ke kolong langit. (mafhum hadith)
Orang yang membaca/mengamalkan Surah Al-Kahfi juga akan terhindar dari fitnah dajjal (mafhum hadith).
Ya, ini yang disebut-sebutkan?
Persoalannya, apa yang hebat sangat dengan Surah Al-Kahfi ini sampai boleh lindungi kita dari dajjal?
Takkanlah baca sahaja dah boleh terhindar?
Pernah terfikir camni?
Surah Al-Kahfi mengandungi EMPAT kisah utama:
1. Pemuda Gua (Ashaabul Al-Kahfi),
2. Pemilik kebun dan rakan (Ashaabul Jannatain),
3. Nabi Musa dan Khidir a.s., &
4. Zulqarnain.
Ramai yang tahu ini tapi tak dapat nak hubung-kaitkan (relate) dengan dajjal. Betul tak?
Maka, ini penerangannya.
Setiap satu kisah itu mewakili satu fitnah (ujian) yang dahsyat:
Pemuda Gua – Fitnah aqidah/iman.
Pemilik kebun – Fitnah harta.
Nabi Musa dan Khidir – Fitnah ilmu
Zulqarnain – Fitnah kekuasaan.
Cuba teka? Apakah 4 fitnah ini akan dibawa oleh dajjal di akhir zaman nanti?
Dah nampak perkaitan Surah Al-Kahfi dengan dajjal?
Bagaimana?
Fitnah aqidah – bersahabatlah dengan orang-orang soleh. Para pemuda Al-Kahfi saling membimbing satu sama lain. Mereka juga banyak mengingatkan perkara akhirat.
Fitnah harta – mengingatkan diri bahawa dunia tak kekal dan banyak mengingati mati/akhirat.
Fitnah ilmu – kena tawadhu’/rendah hati. Walaupun Nabi Musa a.s. seorang rasul yang mulia, baginda tidak sombong untuk menuntut ilmu dari Khidir.
Fitnah kekuasaan – kena tawadhu’dan ikhlaskan diri, sebagaimana Zulqarnain sering mengingatkan dirinya bahawa kekuasaan mutlak adalah dari Allah.
Tapi ada perkara yang lebih “mind blowing”.
Bukankah para pemuda Al-Kahfi berdakwah kepada sang penguasa yang zalim?
Bukankah si sahabat kepada pemilik kebun menasihatinya agar bersyukur dan kembali kepada Allah? Bukankah itu dakwah?
Bukankah Nabi Khidir membimbing Nabi Musa a.s., seorang murabbi mengajar anak muridnya selayaknya? Bukankah itu juga dakwah?
Dan bukahkah Zulqarnain berdakwah kepada rakyat jelatanya, sepanjang pengembaraannya?
Rupa-rupanya untuk selamat dari firnah dajjal, kita perlu dakwah. Sememangnya wajar.
Dengan berdakwahlah kita dapat menjaga diri kita dan orang ramai dari fitnah-fitnah ini.
Aslih nafsaka, wad’uu ghoiruka.
Sekarang kita lihat fitnah dajjal. Ada 4. Fitnah iman, harta, ilmu dan kuasa.
Bagaimana?
Fitnah iman – nanti bila dajjal keluar, dia akan mengaku dirinya tuhan. Dia tunjuk syurga dan neraka, hidupkan orang yang dah mati dan lain-lain keajaiban.
Fitnah harta – dajjal akan keluarkan khazanah dari bumi untuk tarik manusia jadi pengikut dajjal.
Fitnah ilmu – dajjal akan tunjuk perkara-perkara yang manusia tak pernah tahu. Dajjal akan hasilkan benda yang selama ini manusia fikir mustahil.
Fitnah kuasa – dajjal akan menjadi makhluk yang paling berkuasa dan bermaharajalela di muka bumi (sebelum turun Nabi Isa a.s. dan bunuh dajjal).
So dah nampakkan macam mana Surah Al-Kahfi boleh jaga dan lindung kita dari fitnah dajjal? Logik tak?
Maka lepas ini, bila baca Surah Al-Kahfi janganlah baca selayang pandang. Baca, cuba faham dan paling penting cuba amalkan.
Sebab semua fitnah dajjal itu pada satu tahap sudah pun ada pada zaman sekarang. Cuma skala fitnah itu tidaklah dahsyat seperti ketika dajjal sudah menonjolkan dirinya di khalayak ramai.
Jika membaca Surah Al-Kahfi dan amalkannya boleh lindungi kita dari bapak segala fitnah (dajjal), dah tentu amalan itu boleh lindungi kita dari fitnah-fitnah yang lain.
Maka marilah kita istiqamah dan beriltizam membaca Surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat, dan membaca Al-Quran setiap hari. Moga beroleh hidayah dan barakah.
Hanya Allah s.w.t. Maha Mengetahui setiap sesuatu kejadian.
************************
Ramai yang amalkan dan ramai pula yang tetap tewas. Mereka yang tewas pun bukan calang calang ilmunya. Semoga kita diberi taufik dan hidayah.
Kredit pada penulis asal.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply