kesihatanMakanan

Resepi Thruffle Keto.

RESEPI TRUFFLE KETO
Truffle keto ini sungguh mewah rasanya.
Tahu apa ramuan rahsianya?
Avocado!
Bahan-bahan:
1 cawan pure dark chocolate, cairkan
1 biji avocado sederhana, lenyekan
1 sudu teh ekstrak vanilla
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan serbuk koko
Cara buat :
Langkah 1
Dalam mangkuk sederhana, campurkan coklat cair dengan avocado, vanilla, dan garam. Gaul bersama sehingga licin dan sepenuhnya sebati. Letakkan dalam peti sejuk supaya adunan keras sedikit, selama 15 hingga 20 minit.
Langkah 2
Apabila campuran coklat telah mengeras, gunakan sudu kecil atau sendok kecil untuk mengambil lebih kurang 1 sudu besar campuran coklat. Adunkan coklat di tapak tangan anda sehingga bulat, kemudian gulingkan dalam serbuk koko.
Siap untuk dihidangkan.
Selamat mencuba 😊

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply