Skip to main content

Settle shopping hari ni.

Asyik window shopping je. Kali ni kita beli untuk diri sendiri.

Ini je, tapi amat bermakna untuk saya yang suka menulis.
Penting untuk saya ada pen yang best dan buku yang selesa.

Selain buku Asmak, saya suka beli buku yang dijual dekat Popular ni. Besar, tak ada garis dan kulit keras, satu dekat RM27. Boss suruh beli 2 terus, senang.

Buku ni kalian boleh cari di semua cawangan kedai buku Popular. Ianya bertema, dan ada lengkap dari buku kecil, buku nota beberapa jenis saiz, pen sampailah ke bekas pensil.

Pen pula Parker, sebab yang sebelum ni dah rosak. Ini pen berjenama kedua saya selepas berbisnes. Sebelum ni guna pen biasa. Dan saya juga guna pen Asmak. Tahun ni je dah 3 batang kot habis dakwat. Geram je rasa.

So kita belilah pen ni tahan lebih lama.

Lain aura dia.

Sifu saya pernah cakap. Nak tulis nota berharga carilah buku mahal sikit tak apa, itu tanda ilmunya sangat berharga dan kita akan sayang dengan buku tu.

Lain padang, lain belalang, lain orang lain pandangan.

Sekadar berkongsi.

Ini kepuasan saya.

Ada orang minat kereta, minat handbag, minat perfume. Ini minat saya.

Kita raikan perbezaan minat ok.

Apa yang penting, kita happy.

Selepas penat bekerja, mintalah reward dari company. Ini company yang belanja. Hehe.

Syok kan bisnes bersyarikat.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply