Saya ni jenis simple je.
Kawan dengan semua orang,baik dengan semua orang,tapi nak rapat memang memilih.
Jenis setia dan buat apa-apa memang bersungguh-sungguh terutamanya benda yang buat dengan passion.
Kalau rasa nak buat sesuatu, tak untung pun tak kisah,janji puas hati boleh tolong orang.
Suka buat baik dengan orang,susah nak marah dan jenis sabar.
Orang buat tahi pun boleh relaks lagi.
Kalau orang buat apa pun boleh sabar lagi.
Tapi satu je,jangan sampai kesabaran tu hilang.
Sebab kalau kesabaran asyik hilang dan asyik teruji je,dia datang dengan pakej tawar hati.
Kalau dah tawar hati,saya jadi tak ada perasaan dan akan elak selagi boleh.
Saya suka berkawan dengan orang tanpa syarat,janji baik cukuplah.
Saya akan bersangka baik dengan orang dan susah nak bersangka buruk.
Cuma satu,jangan ambil kesempatan atas kebaikan orang pada kita,sebab kita tak tahu bila dia rasa kecewa bila tak dihormati. Sekali dua bolehlah sabar,kalau kerap tu,fikirlah sendiri.
Ingat orang lain tu batu ke tak ada perasaan.Fikir jugak angin orang jangan fikir angin sendiri.
Kepada yang fake,teruskan. Tak goyang pun.
Selamat datang kepada sahabat baru.
Terima kasih sudi berkawan. Semoga kita dapat eratkan silaturrahim.
Dan kepada sahabat yang dah lama berkawan di fb ni tak kira team bisnes atau tak, pun terima kasih banyak atas kesetiaan anda. Ada yang dah lebih 10 tahun follow je apa saya buat dan bagi sokongan.
Terima kasih banyak. Sayang anda semua kerana Allah swt.
Kalau terjumpa kat mana-mana tegurlah ye