-
Ingat ya… cukup-cukuplah sekali kita sudah kena scam semasa zaman “scamdemik” dulu.
Jangan ulang silap yang sama.
Jangan biar diri jadi mangsa kali kedua dan seterusnya.
-
Dulu masa Covid datang, semua orang kelam-kabut.
Apa yang disuap, kita telan.
Apa yang disuruh, kita patuh.
Siapa yang persoal — dilabel sesat. Dianggap gila. Digelar antivaksin.
-
Sekarang bila semua sudah reda, barulah satu demi satu cerita keluar.
Baru tahu data dimanipulasi.
Baru tahu “sains” itu sebenarnya ikut telunjuk duit.
Baru tahu ramai yang sebenarnya tidak sihat pun selepas ikut arahan global itu.
-
Tapi peliknya… bila mereka tukar nama, tukar pendekatan; masih ramai yang terpedaya.
Macam tidak serik-serik.
-
Bangunlah… sedarlah…
Kita bukan budak kecil yang boleh dipermainkan berkali-kali.
Kalau dulu boleh terpedaya sebab tidak tahu; sekarang kita sudah tahu.
Jadi, pertahankan pendirian.
Jangan goyang hanya sebab nama dan cara sudah bertukar.
-
Dan kepada yang masih belum nampak;
Tidak mengapa, kami faham.
Mungkin belum masanya.
Tapi tolong… ambil masa.
Kajilah sendiri. Telitilah perlahan-lahan.
Jangan hanya sibuk dengan isu-isu viral, gosip semasa, drama negara…
-
Sebab bila anak sudah sakit, tubuh sudah lemah, fikiran sudah kabur; masa itu baru hendak cari jawapan, mungkin sudah terlambat.
-
Kami bersuara bukan sebab kami betul semua.
Kami bersuara sebab kami sudah terkena dulu.
Dan kami tidak mahu anda pula jadi mangsa seterusnya.
#sharingbynfam #awaken





