Industri Sakit & Sistem Yang Sengaja Dicipta
Fakta yang sudah lama cuba disembunyikan dari anda semua – dan tiada seorang pun yang dapat sangkal, kerana sejarah sebenar adalah sejarah. Perkara ini pernah dikongsikan sebelum ini, tetapi memandangkan ramai pengikut baru, kami tulis semula dalam versi yang lebih mudah difahami.
Baca sampai habis.
1. Rockefeller & Permulaan Ubat Sintetik
Awal abad ke-20, John D. Rockefeller, seorang tokoh minyak Amerika, sedar:
“Minyak bukan sahaja menghasilkan petrol. Ia juga boleh menjadi bahan asas untuk ubat.”
Maka bermulalah era farmaseutikal moden:
-
Mereka mencipta ubat kimia daripada petroleum.
-
Kemudian mereka menghantar dana untuk “mengubah sistem perubatan dunia”.
Antara langkah mereka:
-
Menutup sekolah perubatan naturopati dan herba.
-
Melabelkan rawatan lama sebagai “quack medicine”.
-
Memasukkan ubat sintetik dalam silibus perubatan.
-
Menyogok jurnal dan doktor untuk mengangkat ubat kimia.
Maka bermulalah zaman di mana “ubat = penyelesaian mutlak”.
Dan orang sihat pun mula menjadi “pesakit tetap”.
2. Revolusi Makanan Proses: Makan Untuk Sakit
Pada tahun 1950-an, syarikat makanan besar seperti Nestlé, Monsanto dan Unilever mula mempromosikan:
“Makanan proses, segera, dan murah.”
Maka lahirlah:
-
Serbuk perasa
-
Gula halus
-
Tepung peluntur
-
Minyak sayur ultra proses
-
Pewarna dan pengawet sintetik
Sedap? Ya.
Senang? Ya.
Tetapi selepas 20 tahun?
Muncul wabak obesiti, diabetes, tekanan darah tinggi, kanser kolon, penyakit hormon…
Mereka tahu. Tetapi diam.
Sebab bila orang mula sakit…
-
Mereka jual ubat pula.
-
Mereka buka hospital.
-
Mereka pegang insurans.
Dari pinggan ke farmasi – semua duit masuk ke poket mereka.
3. Vaksin & Penyakit Generasi Baru
Asal vaksin kononnya untuk bantu cegah jangkitan.
Tetapi hari ini, ia menjadi industri trilion dolar.
-
Beratus dos disarankan dari bayi sampai dewasa
-
Bahan asing disuntik masuk terus ke saluran darah
-
Kanak-kanak mula alami ‘penyakit misteri’:
Antaranya:
-
Autisme
-
Speech delay
-
GDD
-
ADHD
-
Epilepsi dan banyak lagi
4. Kajian Saintifik Banyak Yang Berani Bersuara, Tapi Dibisukan
Contohnya:
-
Kajian Thomas Verstraeten (CDC) mendapati thimerosal (merkuri) dalam vaksin berkait dengan masalah neurologi.
-
Kajian Dr. Chris Exley (2017) menunjukkan aluminium dalam vaksin terkumpul dalam otak penghidap autisme.
Apa terjadi dengan kajian-kajian ini?
-
Disenyapkan
-
Ditolak penerbitan
-
Penyelidik ditarik dana
Sebab vaksin bukan lagi alat kesihatan.
Ia menjadi alat kawalan dan keuntungan.
5. Kesimpulan: Kita Dijadikan Sakit, Industri Kekal Hidup
Mereka mencipta sistem sebegini:
-
Merosakkan makanan kita
-
Menutup rawatan fitrah (kalau dibuka pun macam-macam cuba sekat)
-
Menjual “penyelesaian” beracun
-
Mengitar semula sakit dalam bentuk kronik
Setiap ubat, setiap produk, bukan untuk menyembuhkan.
Tetapi untuk menjadikan kita pelanggan seumur hidup.
6. Masa Untuk Celik, Bukan Takut
Kita bukan anti kemajuan.
Kita cuma tidak mahu menjadi mangsa sistem yang sengaja mencipta penderitaan.
Pilih untuk tahu.
Pilih untuk lawan.
Pilih untuk kembali kepada fitrah.
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, kongsikan supaya lebih ramai dapat membuka mata.





