Hari ini, setiap kali membuka berita, dada terasa sesak.


Pelajar sekolah dirogol di sekolah.
Pelajar sekolah membunuh kawan sendiri.
Pelajar sekolah membuli, merakam, memviralkan, dan ketawa beramai-ramai.

Dan itu hanyalah yang viral.
Banyak lagi yang tidak viral sebenarnya.
Banyak yang disapu ke bawah karpet.


Masa saya mengajar dulu pun sudah terlihat pelbagai perkara — sampai trauma jadinya.
Lantaklah orang hendak memanggil saya paranoid atau apa sekalipun.
Anak kami biarlah kami yang jaga.
Penat pun tidak mengapa, asalkan mereka sentiasa di depan mata.

Zaman semakin mencabar.
Orang asing di luar sana pula semakin pelik-pelik.


Aku termenung.
Apa yang sebenarnya sedang berlaku kepada generasi ini?
Dan yang lebih penting — siapa yang sebenarnya gagal mendidik mereka?

Kita lahirkan anak-anak yang pandai mengeja “kejayaan”,
tetapi buta tentang “perikemanusiaan”.


Sekolah menjadi tempat mengejar markah, bukan membina akhlak.

 


Rumah pula menjadi tempat berehat, bukan tempat menanam iman.
Dan media…
telah menjadi guru paling berkuasa —
yang mengajar tanpa nilai, tetapi penuh racun halus dalam setiap lagu, drama dan “content”.


Anak-anak kita terdedah sejak kecil kepada racun minda, racun jiwa, racun makanan, dan racun persekitaran.

Daripada bahan kimia dalam susu formula,
suntikan yang kononnya melindungi tetapi sebenarnya merosakkan keseimbangan hormon dan otak,
sehinggalah kepada skrin biru yang perlahan-lahan mematikan fitrah mereka — sedikit demi sedikit.


Kita sibuk marah apabila mereka hilang akhlak,
tetapi kita sendiri yang dahulu menormalkan segala punca kehancuran itu.

Kita ajar mereka “jangan tinggal kerja rumah,”
tetapi tidak pernah ajar “jangan tinggal solat.”

Kita belikan mereka telefon canggih,
tetapi tidak pernah belikan masa untuk berbual dari hati.

Kita ajar mereka takut gagal di peperiksaan,
tetapi tidak ajar mereka takut berdosa.

Kita ajar mereka mengejar peperiksaan,
tetapi tidak ajar adab dan akhlak.


Mungkin kita pernah ajar semua itu,
tetapi mungkin tidak cukup.
Dan hari ini — semua itu kembali menuntut balasan.

Kita sedang melihat hasilnya…
Sebuah generasi yang kehilangan arah, kehilangan empati, kehilangan Tuhan.


Mungkin sudah tiba masanya kita berhenti menyalahkan sekolah, guru, sistem, dan teknologi.
Kerana akhirnya, semuanya bermula di rumah,
di pangkuan ibu bapa,
di hati kita sendiri.

Kalau rumah sudah tidak lagi bercahaya dengan zikrullah,
jangan pelik jika sekolah diselubungi gelap dengan maksiat.

Kalau hati ibu bapa sendiri sudah hilang rasa takut kepada Allah,
bagaimana anak-anak hendak mengenal erti kasih dan amanah?


Ini bukan soal moral semata-mata.
Ini soal jiwa.

Dan jiwa tidak boleh dibentuk oleh sistem yang kosong daripada Tuhan.

Sekolah hanya mampu mengajar cara hidup,
tetapi hanya agama mampu mengajar erti kehidupan.


Kembalilah hidupkan agama di hati anak-anak kita.
Anak yang beriman, insyaAllah tidak akan melakukan perkara bukan-bukan.
Dan jika terbuat sekalipun, mereka tahu bagaimana hendak kembali ke pangkal jalan —
kerana asasnya sudah ada.

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply