Sahabat,
Bila kita bagi bunga kat orang,tapi dibalas tahi,kita jangan balas.
Biasanya mereka akan dapat tahi itu dari orang lain,bukan sebab kita berdendam ke apa,tapi itu kifarah namanya.
Dan percayalah,kita akan dapat bunga dari orang yang kita tak pernah pun sangka.
Cantik kan susunan Allah swt ?
Satu lagi sahabat,kena ingat.
Orang yang kita baik dengannya,belum tentu dia betul-betul baik,boleh jadi dialah perosak berhati busuk yang cuba menikam kita dalam diam.
Orang yang kita nampak biasa tu kadang yang betul-betul baik dengan kita.
Jangan mudah tertipu dan berhati-hatilah dengan sesiapa sahaja. Manusia sukar diduga.
Jadi,usahlah putus asa berbuat baik dengan siapa sahaja kecuali dengan yang suka bagi tahi tu kita kena jauhkanlah diri sikit,sebab tahi itu busuk..ye busuk sangat. Manalah tahan bau tahi ini .Tiada siapa yang suka. Boleh bawa penyakit pula. 😅
Doalah banyak-banyak dijauhkan dari golongan sebegini.😌