Tak sambut tahun baru pun pergi Utara ni. Tapi ada 4 misi yang perlu diselesaikan.
4 tempat penginapan berbeza.
10 hari yang penuh cabaran. 6 orang dengan 6 ragam. Kali ni bawa mak ikut sekali.
Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua.
Bermusafir ni bukan setakat jalan sana sini tak bertujuan, tapi lebih dari tu.
Amalkan banyak berdoa ketika bermusafir, insyaallah mustajab.
Allah swt berfirman dalam surah Al-Mulk ayat 15 yang bermaksud:
“Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu mudah dijelajahi, maka jelajahilah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezekiNya. Dan hanya kepadaNya lah kamu kembali setelah dibangkitkan”.
Bermusafir merupakan salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW.
Tiga doa yg sangat mustajab; doa orang yg puasa, doa orang yg dizalimi dan doa orang yg musafir.”
(Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tirmidzi.)
Dari Umar Bin Khattab r.a dia berkata : aku meminta izin kepada Nabi S.A.W untuk melaksanakan ibadah umrah dan baginda mengizinkanku serta bersabda:
“Jangan engkau lupakan kami dalam doamu, wahai saudaraku”.
(Hadis diriwayatkan oleh Tirmidzi)
Bayangkan, Rasulullah pun minta orang bermusafir mendoakannya.
————————————————-
“Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”
Apa pun selamat tahun baru buat semua.
Azam yang baru ke recycle tu? 🙊