Skip to main content

Alhamdulillah. Segala sumbangan dan nama – nama penyumbang telah saya serahkan kepada wakil penjaga rumah anak yatim di Kota Damansara ini.

Saya kaburkan gambar mereka. Tapi kalau ada yang nak pergi terus saya share di ruangan komen detail mereka.

Cuma ada 1 sumbangan bernilai 500 SGD dari seorang hamba Allah di Singapore masih terapung. Sebaik masuk saya akan serahkan pada Pn Hajar ini.

Total kutipan : RM3238.00

Atas ni dari semua penyumbang. Sumbangan peribadi dan keluarga saya tak masukkan dalam total.
Cuma nak beritahu sebab pernah dapat komen suruh kita je yang menyumbang. Ayooo, takkan saya nak beritahu pasal hal-hal pemberian saya. Ada masa saya beritahu sebab nak ajak orang lain buat sama. Ada masa saya diam biarlah Allah je yang tahu. Harap maklum. 😊

Syukur semuanya dipermudahkan.

Saya doakan semua yang menyumbang dimurahkan rezeki dari semua segi, dipermudahkan segala urusan dan berjaya dunia akhirat.

Terima kasih di atas kepercayaan anda semua.

Berkat Ramadhan semoga dirahmati Allah. Aamiin.

#ProjekLastMinit #InfaqRamadhan

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply