Skip to main content

” Share la sesekali aktiviti bisnes, nanti orang ingat suami kita goyang kaki.”

Kata seorang isteri pada suaminya.

Macam biasalah dia jawab “ok”..

Untuk sedapkan hati kot. Hehe

Insan inilah yang menjadi tulang belakang saya dan bisnes Asmak. Tanpa sokongan beliau tak ke mana juga.

Dialah suami, dialah rakan, dialah teman berdebat, dialah partner merangkap pengkritik nombor satu saya.

Sebagai bapa pun pengorbanannya luar biasa. Dulu pernah hampir 2 tahun lebih berulang alik hantar anak ke sekolah tahfiz hampir 40km lebih pergi sahaja. Pagi hantar, petang ambil.
Sementara tu dia buat bisnes dia dan tolong saya pos barang di Poslaju.

Lepas tu anak pindah sekolah tahfiz jarak lebih kurang 70km lebih pergi sahaja, ulang alik lagi saban minggu.

Sampailah kami pindah ke Gombak. Alhamdulillah semuanya dekat. Barulah dia ada rehat sikit.

Tapi bab bisnes, dia memang kuat kerja.
Kalau tengok fb dia tak ada apa pun.

Hakikatnya kalau bab bisnes, pergi Penang, Melaka dan JB balik hari tu biasa.
Apatah lagi kalau KL dan Selangor tu setakat ulang alik beberapa kali tu pun biasa je untuk dia.

Semalam dia ada urusan dengan supplier dan kilang. Saya dengar dia cerita pun pening. 8 tempat dia pergi seorang dia. 😅

Ada je staf tapi ada masa dia suka pergi sendiri. Lagi pun biasanya kalau time staf sibuk dia suka buat sendiri.

Fb saya je meriah, fb dia berhabuk.

Tapi itu tak bermakna saya seorang bangunkan bisnes.

Hakikatnya kadang saya lena tidur dia duk buat kerja lagi.
Saya lepas Subuh kadang golek atas tilam balik, dia dah keluar uruskan hal bisnes.

Jadi aktif atau tak fb seseorang tu tak boleh dijadikan kayu pengukur kadang. Apa yang penting bisnes berhasil. 🌹

Tapi saya masih cuba nak pujuk beliau update fb sekerap yang mungkin.
Semoga berjaya. 😅

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply