Cerita semalam.
Inilah tulang belakang syarikat kami. Dari berpuluh yang datang, merekalah yang terpilih untuk terus bersama.
Tahniah kerana berjaya melepasi ujian dan halangan.
Dan sekarang Allah berikan team terbaik yang saya latih dari zero. Tanpa pengalaman pekerjaan dalam bidang sekarang.
Saya kecilkan organisasi untuk back to basic, buang virus-virus dalam company dan menggalakkan staf yang tak dapat beri komitmen untuk berhenti.
Alhamdulillah kami sekarang sangat tenang dan gembira menjalankan tugas masing-masing.
Terima kasih kepada team yang berdedikasi Nurul Sharina, Althaf Mustaffa, Nrma Lianaatika, Anna Natasha dan Muhammad Ihsan. Tak lupa boss besar Mohd Selodi Md Ghazali. Semoga kita semua terus maju bersama Asmak.
Mereka bekerja tanpa saya ada di sisi selepas berhijrah ke KL. Dalam sebulan hanya sempat berjumpa beberapa kali sahaja, itu pun sekejap.
Saya bersyukur mempunyai team yang boleh bergerak tanpa perlu saya depan mata. Saya hanya pantau dari jauh sahaja sambil kembali menjadi surirumah bekerja dari rumah. 😁
InsyaAllah lepas raya saya nak masuk gear baru untuk membantu seluruh team wakil jualan kami di seluruh negara. Nantikan.
Tiada dalam gambar ialah tuan penasihat dan staf part time.
Nfam,
Small is beautiful, Small is power – Jack Ma.
Apabila kita telah jauh ke depan, sesekali perlu patah balik dan mulakan kembali dari bawah dengan pengalaman lalu yang akan mengajar kita jadi lebih hebat.