Strategi Halus Jauhkan Umat dari Makanan Sunnah: Fitnah Makanan Akhir Zaman 4
1. Kau perasan tak…
Dulu masa kecil, kita diajar susu kambing itu berbau hamis.
Madu pula dikatakan terlalu manis, tidak elok untuk pesakit kencing manis.
Cuka pula dianggap hanya untuk masakan, bukan untuk diminum.
Kurma pula sekadar makanan waktu puasa sahaja.
Siapa sebenarnya yang mengajar kita semua ini?
2. Inilah strategi sistem.
Bila mereka tidak mampu melarang makanan sunnah secara terang-terangan,
mereka melemahkan keyakinan kita dari dalam.
Melalui label, stigma dan sindiran halus:
-
Susu kambing dipersenda, digantikan dengan susu lembu formula penuh gula.
-
Kurma dijadikan hiasan buffet hotel tetapi tidak dimasukkan dalam menu harian.
-
Cuka epal dan cuka kurma dikatakan boleh merosakkan perut, padahal Nabi minum cuka berasaskan buah-buahan yang ada pada masa itu.
-
Madu dipersoalkan kononnya mempunyai indeks gula yang tinggi, tetapi kek dan biskut dalam troli beli-belah langsung tidak disentuh dalam kempen kesihatan mereka. Kalau ada pun, sangat sedikit.
3. Kita tidak sedar…
Makanan sunnah semakin dipinggirkan dalam budaya kita.
Yang meningkat penggunaannya?
-
Makanan proses
-
Minuman dalam tin
-
Gula halus
-
Makanan dalam tin, berpengawet dan penuh MSG
Akhirnya, makanan yang Allah sebut dalam al-Quran hanya menjadi nostalgia — bukan lagi amalan.
4. Sistem cipta cara halus untuk buang keyakinan umat:
-
Guna doktor promoter untuk berkata, “makanan sunnah belum ada kajian lengkap.”
-
Guna influencer untuk berkata, “ini semua amalan lapuk, kita moden.”
-
Guna iklan untuk menaikkan imej susu kotak, bijirin kotak dan vitamin sintetik.
-
Guna bajet juta-juta untuk mencipta persepsi: makanan Nabi = ketinggalan zaman.
5. Padahal…
Makanan sunnah ini bukan sekadar makanan.
Ia adalah terapi. Ia penawar. Ia sistem pertahanan dalaman.
Dan yang lebih penting — ia adalah warisan Nabi SAW.
Kalau kita melemahkan makanan Nabi,
kita sebenarnya sedang memadam cahaya warisan Islam itu sendiri.
6. Tengok sekeliling:
Umat makin lemah,
Anak-anak makin sakit,
Sistem imun makin rapuh…
Tetapi mereka kata: “Itu semua genetik.”
Padahal kita makan apa yang sistem ajarkan.
Bukan apa yang Nabi ajarkan.
7. Strategi mereka bukan halang makanan sunnah,
tetapi buat kita sendiri tidak yakin dengan makanan sunnah.
Dan inilah fitnah yang paling licik dalam sejarah umat Islam.
Hanya yang meneliti sungguh-sungguh sahaja akan nampak.
Akhir zaman ini — antara benar dan salah itu sangat halus bentengnya.
Yang tidak bertabayun akan hanyut.
Penutup:
Kongsikan jika anda rasa ia bermanfaat.
Sesiapa yang ingin salin dan tampal pun silakan.
Tidak perlu beri kredit pun tidak mengapa — kerana misi saya hanyalah ingin lebih ramai yang sedar.
Bukan untuk mencari nama.





