Kenapa Golongan Antivaksin Terus Bersuara Walaupun Hanya Minoriti?
- “Kenapa lah geng-geng antivaksin ini tidak habis-habis bersuara… tidak penat ke?”
Pernah tidak dengar orang cakap macam ini?
-
Tapi jawapannya mudah. Kami bersuara bukan sebab suka-suka.
Kami bersuara sebab kami sudah rasa.
Kami sudah tanggung.
Kami sudah saksikan depan mata… apa yang jarum kecil itu mampu buat pada anak-anak kami, pada diri kami sendiri.
-
Dan kami tahu…
Selagi majoriti masih terus percaya bulat-bulat, masih terus patuh tanpa soal, selagi itulah sistem ini akan terus berjalan.
Dan apabila sistem itu berjalan… bukan kamu sahaja yang terkena. Kami yang minoriti ini pun terpalit sama.
-
Contohnya…
Sekolah paksa ambil vaksin.
Hospital mendiskriminasi jika tidak ikut jadual suntikan.
Ibu bapa dihina, difitnah, dianggap tidak bertanggungjawab.
-
Kamu patuh, tetapi semua orang kena tempias.
Sebab itu kami kena bersuara. Supaya semakin ramai celik mata.
Supaya satu hari nanti, sistem ini tidak ada kuasa lagi untuk menindas sesiapa.
-
Benda ini scam. Sistem ini penuh penipuan. Tetapi ramai masih lena.
Masih sangka ini soal kesihatan. Masih percaya semua ini untuk kebaikan.
-
Sedangkan kami sudah gali, kami sudah kaji…
Dan apa yang kami jumpa hanyalah permainan industri.
Anak-anak menjadi mangsa.
Ibu bapa menjadi pelindung yang tidak sedar diri mereka sendiri pun sedang dipergunakan.
-
Sebab itu kami terus bersuara. Walaupun dihina. Walaupun dipandang serong.
Bukan sebab mahu menang. Tetapi sebab kami tidak sanggup melihat lebih ramai yang rebah hanya kerana mengikut arus.
-
Kalau kami pernah tersilap dulu…
Kami tidak mahu kamu ulang silap yang sama.
Sebab itu kami akan terus bersuara. Demi kebenaran. Demi anak-anak. Demi umat.
#sharingbynfam #awaken





