Skip to main content
Tak tahulah kenapa berlegar-legar kebelakangan ni tentang satu isu ni.
Selalunya surirumah suka buat posting konon orang pandang rendah pada mereka, hakikatnya makin ramai pula yang suka buat posting kondem golongan wanita dan surirumah yang berbisnes.
Ayat yang selalu dimomokkan – konon orang bisnes ni suka keluarkan ayat
“sampai bila nak bergantung dengan suami”
“ tak nak ke duit poket sendiri “ dan macam-macam lagilah yang sewaktu dengannya.
Itu salah faham tu. Tak dinafikan memang ada jenis macam tu, maybe tujuannya lebih pada marketing.
Kami dalam Asmak tak pernah ajar agen untuk cari duit untuk bantu suami sebagai tujuan utama. Tapi bisnes ada tujuannya tersendiri dari sudut yang lebih besar.
Kita buat bisnes sebagai salah satu kerjaya. Bisnes itu ibadah. Bisnes juga dapat ladang pahala dengan sebarkan manfaat kepada orang. Dalam Asmak kebanyakan yang buat bersama pasangan,jadi tak timbul siapa tolong siapa.
Dalam keadaan sekarang anak pun susah nak dapat kerja walaupun belajar tinggi,bisnes menawarkan jalan keluar. Bisnes juga boleh jadi legasi keluarga.
Satu lagi bila buat bisnes orang cari kebebasan masa dan kewangan juga. Ramai kononnya kata orang bisnes tak ada masa dengan anak. Ye,memang kadang akan terjadi macam tu. Tapi dengan ilmu yang betul,bukan sahaja masa dengan anak dapat,malah masa dengan pasangan dan keluarga pun bertambah.
Orang yang buat bisnes juga ada circle positif keliling dia. Selalu juga buat program bersama keluarga team. Meluangkan masa beraktiviti,tang mana yang abaikan anak?
Duk mengadap hp? Saya pernah jumpa yang tak buat bisnes lagi kuat mengadap hp,tapi kita tak mengata pun. Kali ni terpaksa mengata juga.
Tak perlulah nak judge orang surirumah ke,berbisnes ke,itu semua pilihan masing-masing. Dan janganlah terlalu bangga jadi surirumah macam dia la yang terpaling caring dengan anak.
Kami yang berbisnes pun ada cara kami sendiri bersama dengan anak-anak. Kadang-kadang setiap hari dapat masa berkualiti dengan anak sekejap pun dah ok dari duk mengadap anak kononnya tapi sebenarnya duk main hp.
Dan bila time busy mereka pun faham,kita ganti pula masa lain dengan mereka.
Kalau perasan geng yang berbisnes ni la sebenarnya antara golongan yang akan banyak masa dengan keluarga- dengan ilmu yang betul.
Kalau yang busy memanjang itu maksudnya ada yang tak kena. Kecuali fasa bisnes tengah grow,memang kadang kena berkorban sikit. Tapi lepas tu dah mula boleh tersenyum. Dekat sini yang ramai kecundang tu.
Business as a lifestyle,tak ada masalah kalau faham konsep.
Oleh itu nasihat saya saling hormat – menghormati lah sebaiknya. Usah bangga berlebih-lebihan jadi surirumah sepenuh masa dan usah berbangga lebih-lebihan juga jadi surirumah bekerjaya atau berbisnes.
Masing-masing ada cara sendiri.
Nfam,
Berhentilah jadi orang yang acah terpaling suci dan mulia

Dapatkan Ebook Percuma Sekarang

Daftar sekarang dan terima emel sebaik sahaja saya menerbitkan ebook baru

I agree to have my personal information transfered to MailChimp ( more information )

I will never give away, trade or sell your email address. You can unsubscribe at any time.

Leave a Reply